Isteri pertama terima saya sebagai madu! - Coco

Pada: Khamis, 5 Januari 2017

Coco (Marshaira Ismail) yang berkahwin pada Ahad lalu mengakui yang dia okay menjadi isteri kedua pada usia 19 tahun walaupun menerima pelbagai kritikan dan hinaan segelintir pihak. Bagi Coco apa yang dia lakukan adalah mengikut prosedur dan tidak salah. Coco juga mengakui yang isteri pertama suaminya menerimanya sebagai madunya.


“Keluarga saya seperti netizen lain, ada antara mereka turut memberi komen di laman sosial apabila saya dihina. Bagaimanapun, mereka semakin memahami dan tidak lagi membalas apa-apa kenyataan di media sosial.

“Hal ini kerana kami sekeluarga tidak mahu mengeruhkan keadaan. Saya dan suami sudah selamat bernikah manakala isteri pertama suami menerima saya sebagai madunya,

“Dulu ada yang mahu simbah asid, kini selepas berkahwin ramai yang sudah memberi nasihat dan kata-kata positif. Saya berterima kasih kerana memberi komen yang baik mengenai keputusan untuk berkahwin di usia muda ini.

“Selepas menjadi isteri orang, sudah semestinya saya mahu menjadi lebih baik,” katanya memetik Kosmo!.

Tag : , , , , ,