Fasha Sandha berjaya turun berat badan 5kg!

Pada: Isnin, 9 Januari 2017

Fasha Sandha berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak lima kilogram hanya dalam masa tiga minggu bagi menjayakan peranannya menerusi filem terbaharu berjudul Badang.

Fasha, 33, berkata, dia perlu mengurangkan berat badannya kepada bentuk ideal memandangkan dia perlu mengenakan sut mengikut bentuk tubuh selain ingin melakukan aksi lasak dalam filem berkenaan.

"Alhamdulillah dalam masa tiga minggu saya berjaya mengurangkan berat badan hampir lima kilogram dan kini mendapat berat ideal iaitu 59 kilogram.

"Saya perlu pakai sut ala 'cat woman' dalam filem itu jadi saya perlu kurangkan berat badan tambahan pula ada aksi lasak yang perlu saya jayakan.

"Dalam saya mengurangkan berat badan dapat juga menambahkan stamina ketika berlakon aksi lasak itu nanti," katanya kepada mStar Online.

Tag : , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..