Aiman Tino dedah kenapa dia gagal di AJL 31

Pada: Rabu, 25 Januari 2017
Walaupun terkenal di laman sosial Youtube, namun lagu Aiman Tino di AJL ke-31 hujung minggu lalu tidak dapat menyayingi rakan artis yang dah lama dalam industri muzik.

Aiman memberitahu yang faktor gugup sebagai punca kegagalannya menampilkan persembahan terbaik pada malam itu. Akibat persembahan kurang meyakinkan semalam menyebabkan Aiman teruk dikecam netizen di Facebook.

Aiman berkata, dia terlalu fokus pada lirik sehingga membuatkan penghayatannya ketika menyanyi tidak mendalam.

"Kalau dalam persembahan biasa, saya akan menyanyi ikut lirik asal, tapi untuk AJL, saya ikut saranan juri agar tukar liriknya.

"Pertukaran lirik ini hanya dibuat tiga hari menjelang AJL dan saya amat berhati-hati ketika menyanyi untuk mengelakkan kesalahan sehingga menjejaskan persembahan secara keseluruhan.

"Tak dinafikan agak susah untuk tukar lirik dan memang tiada ayat yang sama dengan lirik asal. Lagipun orang dah terima lirik asal dan apabila ditukar menimbulkan kehairanan kepada mereka yang tak tahu perkara sebenar,

"Memang perasaan ini akan ada pada setiap peserta yang bertanding. Cuma perasaannya lebih dirasai oleh saya sebagai artis baru berbanding mereka yang dah berpengalaman.

"Saya belum pandai menyesuaikan diri untuk beraksi di sebuah pentas besar di hadapan ramai penonton.

"Apapun saya tak kecewa dan anggap ini satu pencapaian membanggakan terhadap karier yang baru nak bermula," katanya memetik HarianMetro.

Tag : , , , ,