Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Faye Kusairi mahu saman JAIS! PANAS

Selasa, 31 Mei 2016

Faye Kusairi bercadang meneruskan tindakan undang-undang terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menceroboh rumah keluarganya bulan lalu.

Walau jabatan itu sudah membaiki kerosakan jeriji di pintu rumahnya, namun tindakan perlu diambil bagi mengelak kejadian sama berulang, kata pelakon itu.

Bunga Citra Lestari dedah kenapa tidak berlakon dengan suami

Ramai juga khalayak tertanya-tanya mengapakah Bunga tidak berlakon dengan suami sendiri, aktor Malaysia, Ashraf Sinclair.
“Saya dan Ashraf sudah setuju bahawa kami ngak mahu terlalu expose berlakon berdua macam pasangan artis lain.

“Bukan langsung tiada tawaran buat kami berdua, tetapi alasannya kerana kami ngak mahu terlalu dilihat bersama, nanti penonton jemu.

“Ini kerana, dalam majlis-majlis hiburan ada yang kami tampil berdua, begitu juga di dalam iklan komersil banyak menampilkan kami berdua selaku duta produk.

“Saya dan Ashraf sibuk dengan karier sendiri. Ashraf ketika ini sedang sibuk dengan penggambaran sinetron terbaru, jadi sebab itulah dia tidak dapat menemani saya untuk promosi filem My Stupid Boss di KL,” ujar Bunga kepada Mangga Online.

Aliff Syukri Jadi Bahan Kritikan Kerana Makan Durian Di KLIA

Gara-gara memuatnaik gambar makan durian sambil bersila di lapangan terbang KLIA baru-baru ini, jutawan komsetik Aliff Syukri telah dikritik malah turut dilabel sebagai oleh warga laman sosial sebagai seorang yang sentiasa mencari perhatian.

Hazama bakal berkahwin selepas hari Raya Tapi...

Hazama akan mengakhiri zaman bujangnya selepas hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan kekasihnya, Genervie Kam.

Hazama berkata lagi memetik Bharian, majlis itu akan diadakan secara sederhana.
"Kita lihat apa yang terjadi pada Stacy. Saya harap perkara sama tidak berlaku kepada Gen kerana saudara baharu tidak seharusnya berhadapan dengan tekanan sebegitu dan ia memberi imej buruk kepada kita semua.

"Kami mempunyai hasrat untuk berkahwin selepas hari raya nanti namun belum menetapkan tarikh. Lagipun kami menginginkan sebuah majlis ringkas dan sekadar akad nikah saja. Lakukan perkara wajib dan daripada membazir lebih baik wang itu dilaburkan membeli rumah.

"Saya pun sudah mencecah 32 tahun dan rasanya tidak perlu untuk bertunang atau merisik. Di atas nasihat keluarga, kami sepakat untuk mengadakan majlis seringkas mungkin," kata Hazama

Imej terbaru Mawi untuk kebangkitan semula nyanyiannya..

Isnin, 30 Mei 2016

Yazit cop Amy Search tunjuk bagus, tidak ikhlas!

Amy Search sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah mengabaikan pemain dram Search, Yazit dan sering melawat rakannya itu di hospital ketika sakit.

Namun, masalah mereka berdua seakan tiada lagi jalan penyelesaian dan semakin rumit apabila Yazit baru-baru ini membalas semula kenyataan Amy.

Yazit mendakwa, kedatangan Amy ke hospital ketika beliau sedang sakit tidak ikhlas dan penyanyi itu semata-mata inginkan perhatian media untuk mencari publisiti.
Nampak atau tidak muslihat dia? Saya tidak sedarkan diri. Dia ambil tangan saya, bersalam, muka dia senyum tengok kamera. Apa maknanya itu? Dia hendak tunjuk pada media dia bagus.

Sebagai kawan, dia tidak perlu buat begitu. Sepatutnya duduk sebelah bacakan saya Yaasin kerana saya pada itu koma, 50-50. Itu lebih afdal tetapi hendak glamor juga.

Dia datang sendiri atau isteri saya yang hubungi beliau? Isteri saya hubungi minta datang tengok. Lepas itu tiba-tiba dia buat cerita lain. Dia kena paksa datang dengan isteri saya, bukan ikhlas. " -Yazit

Sekitar resepsi ke-2 Hafiz Suip, Nureffy (67 gambar)

Aznil Nawawi dedah rahsia kekal awet muda yang mengejutkan..

Ahad, 29 Mei 2016

Kelihatan kawet mudaan Aznil Nawawi ketika muncul di kaca televisyen menjadi tanda tanya mengenai rahsia sebenarnya. Aznil rupanya-rupanya mempunyai cara tersendiri untuk mengekalkan keremajaan wajah.
“Orang kata saya pakai botoks pada wajah, tapi cuba tengok betul-betul wajah saya ada kedutan dan mempunyai reaksi. Jika saya guna botoks, muka akan jadi tegang dan tidak boleh memberi reaksi sedih atau gembira”

“Saya akui membuat beberapa rawatan wajah seperti dermatologi, oksigen dan mengambil vitamin yang boleh dikira berjumlah RM4,000 sebulan,” jelasnya kepada mStar Online.

Jadi pelawak buat Nabil Stress, buat yang ini lagi best...

Nabil Ahmad kini dilihat semakin jarang "melawak" dan lebih berminat pada bidang pengacaraan.

Dia kini mengacara satu rancangan hiburan "MeleTOP" terbitan ASTRO, bersama Neelofa. Awal tahun ini, dia turut bergandingan bersama pelawak dan pengacara, Jehan Musa mengacara satu rancangan realiti nyayian, Gegar Vaganza musim ke-2.

Dalam satu majlis pelancaran minyak wangi jenamanya sendiri baru-baru ini, memetik portal Forum Cari, telah berkesempatan menemubual Nabil Ahmad berkenaan "perubahan kariernya" itu.

Nak dekat Ramadan, Stacy belajar puasa tapi ini pula jadinya...

Stacy pernah mengalami demam dan sakit kepala akibat terlalu lemah dan kekurangan air dalam badan gara-gara mahu berpuasa pada tahun lalu.

Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, berkata, ketika itu dia cuba untuk mendekati cara hidup Islam dan perkara itu mewujudkan rasa hormatnya kepada masyarakat muslim yang boleh bertahan melalui ibadat puasa selama sebulan.
"Dua hari saya cuba menahan lapar dan dahaga, masuk hari ketiga saya terus demam. Apa-apa pun itu satu pengalaman paling berharga dalam hidup saya.

"Berbeza sebelum mendalami Islam, kalau boleh saya nak tunggu hari raya saja sebab kawan-kawan saya sememangnya ramai beragama Islam.

"Tapi sekarang situasinya berbeza di mana rasa teruja untuk sambut Ramadan itu datang sendirinya dan suami saya terus memberi semangat untuk saya sempurnakan puasa, Insya-Allah," katanya kepada mStar Online.

Heliza Helmi waktu kecil yang korang tak tahu lagi...

Dilabel jual anak untuk pendapatan, ini komen Awal Ashaari

Awal Ashaari menyangkal dakwaan mempergunakan anaknya Lara Alana yang berusia dua tahun untuk meraih keuntungan dengan menjadikannya model duta produk.

Awal, 35, sebaliknya menjelaskan dia dan isterinya Scha Al-Yahya akan menapis setiap tawaran diberikan melainkan ia bersesuaian dengan umur anaknya itu.

"Rasanya istilah menjual anak itu agak kasar kerana sebagai ibu-bapa kami sentiasa memastikan tawaran yang datang ditapis terlebih dahulu dan tidak sewenang-wenangnya bersetuju.

"Bagi saya tawaran yang datang adalah rezekinya dan kebanyakannya ia turut melibatkan kami sebagai sebuah keluarga," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Awal berkata, kesemua bayaran yang diterima disimpan dalam akaun Lara untuk kegunaan kanak-kanak itu pada masa hadapan.

Bagaimanapun kata Awal, apabila Lara memulakan pra-persekolahan dalam masa dua tahun lagi dia mahu anaknya itu menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

Fasha Sandha dedah rahsia murah rezeki selepas cerai..

Jumaat, 27 Mei 2016

Fasha Sandha menganggap tawaran lakonan dan sebagai duta produk diterimanya pada tahun ini adalah rezeki dua anaknya, Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma setahun.

Fasha berkata, jadual seninya padat sehingga penghujung tahun ini dan sebagai ibu tunggal dia perlu bekerja keras demi anak-anaknya.

Amar Baharin Naik Atas Badan Tiz Zaqyah (video)

Adegan paling panas dalam drama Akadku Yang Terakhir.

Benda yang Fizz Fairuz tak kisah waktu Almy Nadia hamil anak ke-2

Fizz Fairuz dan Almy Nadia bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, bersyukur dengan kurniaan Allah SWT, Fizz memberitahu beliau tidak kisah jika berat badan isterinya itu naik sewaktu hamil.

Jika sebelum ini dia bimbang dengan kenaikan berat badannya, tetapi bagi saya, ia tidak menjadi masalah besar. Saya katakan padanya, selagi dikurniakan rezeki anak, terima sahajalah, bila sudah cukup kuota, baru berhenti dan jaga badan.

Pada masa yang sama, Fizz akui beliau dan isteri tidak mempunyai pembantu rumah dan lebih selesa untuk menguruskan setiap perkara bersama meskipun kandungan isterinya sudah memasuki usia lima bulan. Mereka juga tidak perlu memikirkan soal keselematan anak mereka.
Alhamdulillah, kandungan Almy sudah pun memasuki usia lima bulan dan dijangka bersalin Oktober nanti.

Buat masa sekarang kami tidak mempunyai pembantu rumah, jadi anak memang dijaga sepenuhnya oleh kami berdua dan dibantu oleh mak juga. Bagaimanapun, ia tidak mengganggu perjalanan kerja kami setakat ini.
Sebelum ini, pada kehamilan pertama ramai yang mengkritik saiz badan Almy sehingga ada yang biadap menyaman rupa aktres itu seperti haiwan yang haram.

Punca Jue Aziz keguguran didedahkan..

Jue Aziz telah mengalami keguguran pada tiga bulan lalu ketika usia kandungan yang masih baru.

Jue berkata, dia menyedari keguguran tersebut selepas diberitahu oleh seorang tukang urut yang bertanya tentang kandungannya.

"Saya keguguran tiga bulan lalu dan perkara itu disedari oleh orang yang mengurut saya kerana dia bertanya sama ada saya pernah keguguran atau tidak.

"Saya akui ada berlaku pendarahan dan saya sangkakan ia hanya ketulan darah haid sahaja dan tidak pun ke klinik namun ia adalah keguguran awal kandungannya," ujar Jue kepada mStar Online.

Wak Doyok berang digelar Gay!

Sering Dilabel Gay, Ini Luahan Wak Doyok

Wak Doyok meluahkan rasa terkilan dengan segelintir pihak yang sering menuduh dirinya sebagai meminati kaum sejenis.

Jika sebelum ini dia pernah dikecam teruk dan dilabel sebagai gila seks kerana memberikan komen ‘merecik’ di salah satu Instagram milik artis wanita tanah air.

Kini sekali lagi, jejaka berusia 36 tahun ini terpalit dengan kontroversi mendakwa dirinya sebagai gay oleh sebuah blog bersama Myo dari kumpulan Oh Chentaku.

Ekoran sering dipalitkan dengan isu sonsang, Wak tidak dapat menahan kesabaran dan meluahkan perasaannya itu melalui laman Twitter miliknya lapor Mynewshub.
“Masih ada mulut longkang… Weh aku shooting lah dol. Apa dah pekak punya blog ni. #kejepunkekita #bodohtusimpan,” tulisnya.

Bella Dally komen soal tarikh nikah dengan Nazim Othman

Khamis, 26 Mei 2016


Bella Dally berkata tiada apa yang boleh dikongsi memandangkan sehingga kini dia dan tunangnya, Nazim Othman masih belum dapat mengumumkan tarikh pernikahan sebaliknya menyerahkan kepada rezeki dan penajaan.

"Dari dulu saya kurang gemar bercerita kisah peribadi berbanding kerjaya. Malah, lebih baik sekiranya perancangan perkahwinan diumumkan sendiri oleh Nazim kerana tidak manis rasanya dilakukan pihak perempuan.

"Buat masa ini kami sibuk dengan kerjaya hingga tidak sempat untuk duduk berbincang mengenai hal kahwin. Mengenai soal tajaan, kami menerima baik andai kata ada pihak yang berhasrat untuk menaja tetapi perlu bersesuaian dengan tema kami," katanya memetik Bharian Online

Nora Danish dedah bila dia akan kahwin dengan Nedim...

Nora Danish yang sebelum ini kecoh apabila dikatakan bahawa dia bakal berkahwin dalam masa terdekat telah mendedahkan bahawa dia akan berkahwin dengan Nedim selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Menurut Nora, apa yang pasti majlis perkahwinannya akan tetap berlangsung pada tahun ini juga.

Seperti sedia maklum, Nora yang sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa majlis perkahwinannya nanti akan diadakan secara sederhana sahaja. Malah, ia cukup sekadar dengan kemeriahan tetamu kesayangan yang datang ke majlis perkahwinan mereka nanti.

Mereka yang sudah berkenalan selama bertahun-tahun sehingga suatu ketika dahulu pernah digosipkan putus cinta namun mungkin sudah tertulis jodoh mereka untuk bersama kembali. Semoga majlis perkahwinan yang bakal diadakan nanti akan berjalan lancar. Apapun, tahniah buat Nora dan Nedim.

Amy Search vs Awie Wings - isu Yazit

Amy Search kecewa dengan kenyataan yang dibuat penyanyi sealirannya, Awie, berkenaan hubungannya dengan Yazit Ahmad.
Komen daripada Awie tersebut benar-benar melukakan hatinya.
"Saya kecewalah dan pada saya ia amat melukakan hati saya. Sampai hati dia cakap saya macam itu, sampaikan ibadah saya dipijak-pijak,"

"Tapi saya tidak salahkan dia (Awie) kerana dia mungkin dengar dari sebelah pihak sahaja," jelas Amy.

Katanya, menurut portal Astro Awani, Amy adalah pemilik sekolah tahfiz tetapi mengabaikan Yazit, sekali gus memohon agar Amy membantu rakannya itu kerana ia juga adalah 'saham akhirat'.
"Kalau saya dalam kumpulan itu, saya akan korbankan sedikit masa untuk menolong. Ini saham akhirat kita. Fikir dekat situ saja.

"Tidak guna kita cerita pasal tahfiz dan jubah tetapi soal akhirat dibuat main macam ini," Awie
Projek MMO turut melaporkan Awie sebagai berkata, ahli-ahli Search seharusnya bermuhasabah dan mengetepikan ego masing-masing. Jelasnya, Yazit harus dibantu kerana pengasas kumpulan rock itu hanya menjadikan muzik sebagai satu-satunya sumber pencarian.
"Mereka perlu ambil iktibar dan muhasabah diri kerana sahabat saya (Yazit) sakit, jadi tolak ke tepi soal ego," katanya.

Namun, Amy pada minggu lalu menafikan dia dan ahli-ahli Search yang lain mengabaikan Yazit sepanjang enam tahun menerima rawatan di hospital.

Kemelut antara Yazit dan Amy berlaku susulan dakwaan Search tidak membayar wang pendahuluan 'Konsert Search 35 tahun' sehingga perkara itu dilaporkan ke balai polis.

Uqasha Senrose rugi perniagaan tudung, untuk RM5000 je?


Uqasha Senrose mendedahkan perniagaan tudung bawah jenama Uqasha Senrose Collection yang dilancarkan pada September tahun lalu lingkup akibat ditipu oleh rakan kongsinya.

"Perniagaan itu sudah tiada kerana saya ditipu rakan kongsi sendiri dan ia sangat mengecewakan saya kerana janji dibuat hanya tinggal janji.

"Malah saya hanya dipergunakan oleh rakan kongsi untuk kepentingan peribadi membuatkan saya tiada hati lagi untuk meneruskan perniagaan berkenaan,"

"Dia sering memberitahu jualan tidak bagus selain memberi pelbagai alasan apabila saya bertanya tentang perniagaan kami.

"Saya hanya menerima RM5,000 sepanjang sembilan bulan kami bekerjasama dan saya tidak ingin teruskan lagi kerana tahu saya telah ditipu olehnya," jelasnya kepada mStar Online.

Perbuatan individu berkenaan terdedah apabila dia meminta salinan pendaftaran syarikat sebelum mendapati namanya tiada sebagai rakan kongsi.

Malah kata Uqasha, sepanjang sembilan bulan perniagaan itu berjalan dia hanya menerima RM5,000 sebagai ganjaran selain rakan kongsinya itu berdolak-dalik berhubung hasil penjualan tudung setiap bulan.

Bagaimanapun Uqasha enggan mendedahkan jumlah pelaburan dan kerugian yang terpaksa ditanggung kerana enggan mengenang lagi kejadian tersebut.

Dalam diam-diam 4 tahun, rupa-rupanya Syamsul...


Syamsul Yusof baharu mendapat keyakinannya untuk menceburi bidang muzik selepas empat tahun mencipta lagu secara diam-diam.

Bagaimanapun, Syamsul berkata, dia tidak merasakan dirinya sudah terlambat untuk bersaing dalam bidang berkenaan.

"Saya mula berjinak-jinak mencipta lagu sejak empat tahun lalu, tapi saya malu dan tidak berkeyakinan untuk membuatnya secara serius.

"Saya juga tidak merasakan bahawa saya sudah terlambat untuk meneruskan bidang nyanyian ini, sebaliknya sekarang adalah masa paling sesuai untuk saya serius," ujarnya kepadamStar Online.

Eira Syazira buat kenyataan paling mengejutkan di instagram (5 gambar)

Rabu, 25 Mei 2016


Tahniah diucapkan kepada pelakon, Eira Syazira dan suami, Azad Jazmin yang kini disahkan hamil anak ke-2 dengan usia kehamilan mencecah 2 bulan.

Menerusi laman sosial, beliau telah mendedahkan berita kehamilannya itu dan berkongsi kegembiraan bersama semua peminatnya.

Hasil perkahwinan Eira dan Azad, mereka telah di kurniakan seorang cahaya mata perempuan, Amarra Sofea Rose yang kini berusia 3 tahun.

3 minit jual, untung RM1.3 juta!! - tudung Neelofa

Neelofa mendedahkan tudung jenamanya, Naelofar Hijab meraih RM1.3 juta dalam masa tiga minit.

Neelofaberkata hasil jualan tersebut membuktikan pelanggan berpuas hati dengan koleksi dan juga kualiti kain jenamanya.

“Jualan paling tinggi adalah melalui stokis dan setiap kali kami buka tempahan, dalam masa satu hingga lima minit tudung-tudung kami akan habis dibeli mereka.

“Kadang-kadang jualan itu boleh mencecah RM1.2 hingga RM1.3 juta dalam masa tiga minit saja dan dalam masa yang sama juga kami boleh habiskan oder.

“Kami tak buka tempahan untuk rekaan yang banyak, selalunya mungkin dalam satu atau tiga rekaan sahaja.

“Melihat hasil jualan tersebut, kami dah boleh nampak kepercayaan yang diberikan oleh stokis dan juga pelanggan kami terhadap Naelofar Hijab dari segi kualiti dan harga yang ditawarkan,” katanya memetik AstroGempak

Adira AF dicop selekeh. Ini komen dia tak kisah..

Seringkali dikritik kerana imejnya yang disifatkan terlalu selekeh, Adira AF menjelaskan bahawa dia tidak kisah dan ambil berat mengenai itu kerana Adira akui yang dia tidak boleh memuaskan semua kemahuan dan kehendakn peminatnya.
“Biarlah apa orang kata kerana sebagai manusia, kita tidak boleh menutup mulut orang. Lumrah kehidupan sebagai anak seni tidak pernah terkecuali daripada kutukan. Ini kerana hakikatnya, tidak semestinya semua yang dilemparkan itu adalah kata-kata pujian”

“Bercakap soal gaya, saya meminati gaya minimalis dan suka warna hitam. Mungkin ini memperlihatkan saya sering keluar dengan penampilan yang seakan sama. Saya tahu bagaimana hendak menjaga nama baik suami dan status yang disandang sebagai selebriti”

“Namun, mungkin saya lebih gemarkan gaya sederhana dan tidak begitu bijak bergaya seperti sesetengah artis lain,” jelasnya kepada BH Plus.

Diana Amir doanya hamil termakbul di...

Diana Amir mengakui yang dia hamil anak ke-2 lima minggu saat ini adalah percaya doanya ketika berada di Seville, Sepanyol pada April lalu termakbul.

Kunjungan itu dibuat adalah sebenarnya untuk melawat tapak pembinaan masjid pertama di bandaraya itu menerusi kumpulan NGO, Ukhwah 4 Ummah (U4U).

"Ketika tiba di sana, masing-masing memasang niat termasuk saya yang memang berharap dapat menambah ahli keluarga memandangkan anak sulung kami sudah berusia setahun lebih.

"Nyata doa saya dimakbulkanNya. Sepanjang seminggu di bumi yang pernah menjadi pusat kegemilangan pemerintahan Andalusia, sebenarnya itu pertama kali saya berjauhan dengan anak.

"Walaupun agak sedih meninggalkannya kerana dia masih menyusu badan, nampaknya perancangan Allah yang terbaik," katanya memetik Bharian

Kenyataan mengejutkan dari Nurul Syuhada...


Pengacara Nurul Syuhada kembali semula ke bidang penyiaran dengan mengendalikan rancangan Salam Dhuha di Astro Oasis selepas dua tahun berehat bagi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga.

Nurul menerima tawaran untuk mengendalikan program bual bicara berkenaan selepas kedua-dua cahaya matanya kini semakin membesar.

Intan Suraya tegur kemesraan Sharnaaz, Nabila.. ini jadinya..

Selasa, 24 Mei 2016

Intan Suraya menjelaskan komen yang dilayangkan pada foto Sharnaaz bersama pasangannya, Nabila di laman Instagram, bukan bermaksud menegur pelakon itu. Intan berkata, dia tidak berniat memburukkan mana-mana pihak sebaliknya seronok melihat Sharnaaz dan Nabila yang tampak mesra. Lantas, melihat foto itu, Intan terus bertanya apakah mereka sudah berkahwin.

Saya ada jutaan Ringgit! ini apa Kes? - Amy Search

Sebelum ni hangat diperkatakan isu bertikam lidah diantara Yazit dengan Amy Search mengenai isu konsert. Namun baru-baru ini Amy memberitahu bahawa pertikaian Yazit terhadap ahli kumpulan itu bukanlah isu baru, malah dia sendiri tidak disukai sejak awal penubuhan kumpulan itu.

Surat 'khas' untuk Jejai dari seseorang....

Tak pasti siapa dan dimana yang tulis surat ini, yang pasti ianya ditujukan kepada bekas suami Fasha Sandha, Jejai. Petikan asal Forum Cari.

Aedy Ashraf kena sound oleh Jejai!

Gara-gara berkawan rapat dengan Fasha Sandha, pelakon Aedy Ashraf, 23, mendakwa pernah ditegur bekas suami aktres popular itu, Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli.

Menurut Aedy, dia tidak pernah menganggap Fasha lebih daripada seorang kawan, malah mereka saling membahasakan diri sebagai adik dan kakak lapor Mynewshub.
“Saya tidak pasti kenapa Jejai menegur saya begitu. Mungkin kerana dia nampak saya akrab dengan Fasha.

“Sebenarnya saya dan Fasha rapat. Kami saling mengenali sejak lima tahun lalu. Selepas lama tidak berjumpa, kebetulan kami berlakon bersama dalam drama bersiri Lara Aishah,” katanya, seperti disiarkan BH Online.
Penjelasan Aedy ini timbul bagi mengulas mengenai gosip yang mendakwa dia ‘diserang’ Jejai dalam satu kejadian, baru-baru ini.

Ketika ‘diserang’ Aedy dikatakan sedang berbual bersama Fasha dan beberapa kenalan lain, sebelum didatangi Jejai.

Rozita Che Wan, Zain Saidin tunai umrah (6 gambar)

Pelakon Ainina Ahmad terkini (12 gambar)

Isnin, 23 Mei 2016

Dakwaan mengejutkan Rob Prinz kepada Yuna...!

Memetik portal Billboard, ada temuramah dengan seorang yang bernama Rob Prinz. beliau merupakan individu yang berjaya mengesan bakat besar dalam diri seseorang selebriti di Barat.

Salah seorang daripadanya adalah Madonna. Namun baru-baru ini, dia ditemurah sekali lagi. Dan memberikan jawapan yang mengejutkan..

Fasha Sandha sindir Jejai?

Kalau tak silap pada hari Khamis yang lalu, Fasha ada memuatnaik 2 caption dalam instagram miliknya. 2 post itu dikatakan berbunyi untuk menyindir seseorang.
“Jangan lupa, kaya atau miskin, tetap masuk kubur yang sama, tiada bezanya. Jadi jangan lupa, negara ada undang-undang tak kira untuk yang kaya mahupun yang miskin.

“Kaya, pangkat darjat sekalipun, kalau salah tetap salah. Jadi tak perlu cuba menidakkan perkara yang tetap salah daripada hukuman dan undang-undang.

“Sekiranya ‘berjaya’ menggunakan pangkat dan darjat untuk perkara yang semestinya salah, maka beringatlah, Allah ada.

“Allah lebih mengetahui dan Allah Maha Adil. Maka terimalah hukuman yang setimpal daripada Allah yang Maha Esa di akhirat kelak. Renung-renungkan.”

Juga ditambah dengan entri,
“Keep Calm, Wait And See- Truth Will Prevail.”
Ramai yang menganggap ianya ditujukan kepada bekas suaminya, Jejeai dan berikutan laporan polis kes gangguan yang dilakukan Fasha pada Isnin, 16 Mei.

Berita mengejutkan dari Adibah Noor

gambar SuriaFM

Adibah Noor, 46, mengesahkan meletakkan jawatan sebagai deejay radio Suria FM bermula 31 Mei ini. Adibah berkata, keputusan itu dibuat selepas tidak lagi mampu membahagikan masa antara tugas di konti dan komitmen lain.

"Bayangkan, pagi-pagi lagi saya perlu berada di konti. Selepas itu, ada masanya, saya perlu menghadiri majlis tertentu. Kadang-kala rasa seperti tidak cukup rehat. Saya bimbang ia boleh mengganggu kualiti kerja.

"Cukuplah tiga tahun saya berkhidmat dan memberi apa yang difikirkan terbaik buat Suria FM. Apa lagi saya tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang penyiaran, jadi mungkin saya sudah ketandusan idea dan kreativiti untuk membawa Suria FM ke peringkat lebih tinggi.

"Sehubungan itu, saya undur diri bagi memberi laluan kepada bakat yang lebih baik dan kreatif,"

"Orang putih kata 'quit while you are ahead'. InsyaAllah saya tinggalkan bidang penyiaran radio dengan kemenangan dan kenangan yang manis buat Suria FM dan semua penyokong setia Ceria pagi Suria FM," katanya kepada BH Online

Isteri Amir Raja Lawak dah hamil?

Mendapat tahu yang isteri kepada Amir Raja Lawak, Nur Intan memetik portal mStar, mengadu kurang sihat, Amir sering kali menganggap isterinya berbadan dua.

Amir dalam pada yang sama kerao pergi ke farmasi untuk membeli 'pregrantest' untuk mencuba samada isterinya itu hamil atau tidak.
“Situasi ini (membeli alat ujian kehamilan) sudah beberapa kali terjadi tetapi hasilnya masih mengecewakan. Isteri saya tidak sihat bukan sebab hamil tetapi atas faktor cuaca panas melampau yang pernah melanda negara kita baru-baru ini.

“Saya akui mungkin perasaan teruja nak menimang cahaya mata membuatkan saya sering memikirkan isteri saya hamil setiap kali dia mengadu tidak sihat. Jujur saya katakan, saya sudah bersedia untuk menggalas tanggugjawab sebagai bapa.

"Namun sekiranya masih belum rezeki kami reda dan akan terus berusaha ke arah itu. Doa-doakan kami,” katanya

Dynas Mokhtar sudah berkahwin?

Ahad, 22 Mei 2016

Baru-baru ini, pelakon Dynas Mokhtar ada memuat naik foto beliau sedang memakai tiara berserta caption yang meragukan para pengikutnya. Ramai yang meneka yang Dynas sudah berkahwin.

Namun, menurut Dynas foto tersebut hanya sekadar sesi fotografi.

Anzalna Nasir mahu bertudung TAPI

Dengar khabar yang Anzalna Nasir bakal mengeluarkan jenama tudungnya sendiri iaitu Anzel Scaft by Anzalna. Bahkan hasrat itu juga bakal diiringi dengan perubahan besar dalam hidup Anzalna iaitu bertudung.
“Saya memang ada hasrat nak bertudung, bila memasuki perniagaan hijab ini perasaan itu semakin kuat. Tapi kalau boleh saya tidak mahu terpaksa untuk berubah, dan kalau boleh jika sudah pakai tudung tidak mahu buka lagi.

Insya-Allah masanya akan tiba, namun saya tidak mahu menetapkan sasaran bila untuk berubah,” katanya kepada mStar Online.

Gambar candid comel anak Hanez Suraya (8 gambar)

Inilah bakal isteri AG Coco (3 gambar)

Gitaris kumpulan Hujan, AG Coco mengesahkan bakal bernikah dengan seorang daripada penyanyi duo Hani & Zue, Zue atau Zuliana Eusoff, 22, pada 10 Disember depan.

AG atau nama sebenarnya Mohd Hezry Mohd Hafidz, 32, berkata dia menghantar rombongan merisik semalam dan kedua-dua keluarga memilih tarikh itu sebagai hari pernikahan manakala majlis persandingan menyusul pada 24 Disember.

Rahsia selebriti laman sosial, Zukieee hidup mewah didedahkan...

Zukieee mengakui menerima perubahan drastik dalam kehidupannya selepas video-video lucu yang dimuat naik di laman sosial mendapat sambutan netizen.

Malah, Zukieee berkata, pendapatan selama tujuh bulan membuat video-video pendek itu mampu menanggung kehidupan keluarganya yang susah.
"Alhamdulillah, pendapatan sejak menjadi selebriti media sosial agak baik saya boleh bantu ibu dan adik beradik lain setiap bulan dan setakat ini sudah beli kereta Mazda RX8 secara tunai.

"Saya daripada keluarga yang susah dan ada tujuh adik beradik, dulu saya hanya seorang pekerja zoo dengan gaji RM800 sebulan sahaja," ujarnya
Zukie mampu membeli kereta jenis Mazda RX8 hasil pendapatan sebagai selebriti media sosial sejak tujuh bulan.

Tambah Zukieee, hasrat untuk mengubah nasib keluarga dengan aktif di media sosial sudah lama, namun dipendam kerana kekurangan modal untuk memulakan kerjaya itu.

Bagaimanapun, tahun lalu, selepas mampu membeli sebuah telefon bimbit dengan harga RM300, dia dapat memulakan rancangannya itu.
"Sebenarnya saya sudah simpan idea-idea untuk jadi viral sejak tahun 2011, tapi saya tidak boleh buat kerana saya tiada telefon bimbit yang boleh buat rakaman.

"Sehingga tahun lalu, saya tekad beli telefon berharga RM300 yang ada video. Daripada situ saya buka akaun laman sosial dan muat naik video-video yang saya lakonkan," ujarnya.
Sehingga kini, Zukieee memiliki sebanyak 420,000 pengikut laman Instagram dan 500,000 di Facebook. -mStar

Ibu dedah perangai sebenar Akim & Hazama (video)

Jumaat, 20 Mei 2016

Remy Ishak Dan Nora Danish Kena Hencap Sebab Buat Maksiat

Kalau jadi artis nak muatnaik gambar kat media sosial, jangan suka-suka hati ja nak memuatnaik.. Banyak mata yang dok memerhati apa saja yang artis tempatan dok muatnaik, bila dah muatnaik gambar kontroversi memang la kena maki dengan peminat..

Kalau tak nak kena maki dengan peminat muatnaik gambar laut, ranting pokok, atau batu-batu kat depan rumah..Pelakon Nora Danish dan Remy Ishak dah dikecam netizen dan didakwa dok buat maksiat..

Haa, bukan dok buat maksiat lelaki dan perempuan dalam satu bilik tu wei.. Nora ada memuatnaik gambar bersama Remy kat tepi pantai di akaun Instagramnya.. Pasangan ini digandingkan bersama dalam drama bertajuk ‘Safi Rania Bali’..

Hmm, drama ka iklan produk tu Miss A tak pasti la.. Tak silap Miss A, Safi Rania tu macam produk kecantikan je.. Nora kan ada jadi duta untuk produk Safi, mungkin produk Safi pun nak keluarkan drama sendiri macam Dato Aliff Syukri dok buat tu kot, “Duda Terlajak Laris”..

Rumah tangga musnah? ini komen Ani Mayuni

Ani Mayuni menganggap insiden pergaduhan dengan suaminya, Zairi Azmi yang berlaku empat tahun lalu memberi hikmah sekali gus menolak dakwaan rumah tangga mereka sudah bernoktah.

Ani Mayuni berkata, kejadian hitam yang pernah berlaku itu membuka ruang kepada beliau dan suami memperbaiki diri sekali gus membuatkan mereka lebih menghargai satu sama lain.

"Ramai yang keliru dengan status saya kerana pernah membuat laporan polis terhadap suami beberapa tahun lalu. Ia terpaksa dibuat namun saya mengakui pergaduhan itu berpunca dari mulut saya sendiri.

"Sebagai isteri, saya seharusnya bertolak ansur dengan suami dan bukan mencari punca untuk meledakkan lagi api kemarahan. Alhamdulillah insiden yang berlaku mengeratkan hubungan kami suami isteri sekali gus lebih mengenali satu sama lain.

"Tidak dinafikan kejadian yang berlaku memberi impak buruk kepada suami. Apa yang pasti saya lebih bahagia berada di samping suami dan anak-anak yang sedang membesar. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya," katanya kepada BH Online.

Sekitar hari jadi Fahrin Ahmad (22 gambar)



Baru-baru ini, kelab peminat Fahrin Ahmad telah mengadakan sambutan hari lahir yang ke 37 tahun dan ulangtahun perkahwinan pertama pelakon tersebut bersama isterinya, Elena Hani Eleas.

Sementara itu dalam masa yang sama, Fahrin juga kelihatan sedikit kurus berbanding sebelum ini. Pandai Fahrin jaga badan.

Saya tidak takut! - Rizal @ Jejai

Rizal Ashram Ramli meminta agar pihak polis melakukan siasatan terhadap dakwaan kononnya dia mengganggu dan menceroboh rumah bekas isterinya, pelakon Fasha Sandha tanpa kebenaran seperti yang dilaporkan media sejak Isnin lalu.

Rizal, 40, berkata, dia memohon kerjasama pihak berkuasa agar melakukan siasatan terperinci terhadap laporan yang dibuat oleh Fasha, 32, di Balai Polis Ampang Jaya dekat sini pada petang Isnin lalu atas dakwaan tersebut.

Inilah dia bakal suami Ieda Moin (3 gambar)

Khamis, 19 Mei 2016

Pelakon dan penyanyi Ieda Moin terkejut apabila teman lelakinya memberitahu bahawa mereka akan berkahwin pada tahun hadapan.

Artis Hong Kong - China yang popular dulu-kini (18 gambar)