Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Majlis konvokesyen Mira Filzah di UiTM Shah Alam (10 gambar HD)

Jumaat, 29 April 2016

Ulang tahun ke-40 sederhana Rita Rudaini (10 gambar)

"Kalau Boleh Saya Nak Jadi Pensel" – Heliza Helmi (viideo)

Siapa sangka, gadis kecil molek bermata besar yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia Musim ke-5 semakin hari semakin bersinar di persada seni tanah air.

Graduan Pendidikan (Sains, Biologi dan Kimia) di Universiti Sabah Malaysia (UMS) ini memilih untuk terus bergelar artis meskipun pernah mendapat anugerah dekan.

Selepas bergelar penyanyi, pengacara dan usahawan, kini Heliza dikatakan memilih untuk menjadi pensel.
"Kalau boleh saya nak jadi pensel," katanya.

Mendalam kata-katanya, apalah yang dimaksudkan Heliza Helmi ini?

video

Mawar Rashid cium seorang lelaki? (video)


Melalui Instagram milik Ruhainies Kayu, ada sebuah video yang dimuatnaik dimana kandungan video itu menunjukkan sedang menjalani photoshoot untuk Majalah Remaja bersama-sama dengan Mawar Rashid.

Yang menjadi bualan hangat, aksi Mawar bermesra-mesra cium bagai dengan seseorang. Walaupun bukan comolot perlu ke si Ruhainies nak muatnaik video tu.

Yatt Hamzah terlibat kemalangan.. Keadaannya...

Yatt Hamzah bersyukur selamat selepas kenderaan yang dipandu terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Karak, petang semalam.

Kereta jenis Kia Optima K5 miliknya, rosak teruk pada bahagian depan akibat terlanggar pembahagi jalan.
"Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk hidup.

"Saya tidak mengalami kecederaan malah adik ipar dan pembantu peribadi semuanya selamat. Namun, kami masih trauma,

"Kami bergegas keluar dari kereta dan mencari tempat berlindung dalam keadaan terketar-ketar. Jika dilihat keadaan kereta yang rosak teruk, ramai tidak percaya kami masih hidup malah tidak cedera," katanya memetik Bharian Online

Kembar Siti Nurhaliza + Neelofa?

Khamis, 28 April 2016

Seorang wanita mirip selebriti terkenal Datuk Siti Nurhaliza dan Neelofa iaitu Maisarah Raihan mengakui rezekinya semakin murah apabila ditawarkan untuk menjadi model dan duta produk.

Maisarah, 20, berkata, kehidupannya turut mendapat perhatian selepas gambar-gambar peribadi menjadi menjadi viral di laman sosial awal bulan lalu.

Wajah dua anak terkini Fauziah Latiff (7 gambar)



Dah besar anak-anak kepada penyanyi Fauziah Latiff aka Gee. Dua jejaka bujangnya itu ada lah Jeffri Joaquim Indot, 18 tahun dan Jeremy Jay Indot, 16 tahun.


Joaquim Indot


Jeremy Jay Indot

'Fizo Omar Kurang Ajar'! - Rosyam Nor

Berita Siti Nurhaliza hamil, ini komen kecewa pengurusnya..

Pengurus kepada penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak meluahkan rasa kecewanya terhadap satu laman page Facebook iaitu Kaki Share berikutan menyebarkan berita palsu mengatakan penyanyi popular itu sedang hamil.

Ramona Zamzam, suami bercuti di Banjaran Hotsprings (6 gambar)

Badan sado Randy Pangalila (11 gambar)

Rabu, 27 April 2016

Syatilla Melvin nafi mengandung, ianya fitnah bukan doa!

Kecoh apabila sebuah blog mengatakan yang isteri kepada Shaheizy Sam, Syatilla Melvin sudah berbadan dua. Namun Syatilla yang memetik mStar menafikan dia mengandung, malah mengecam tindakan itu sebagai satu fitnah dia dan suaminya

"Pada saya ia bukan satu doa untuk kami sebaliknya mereka sengaja membuat fitnah demi mengaut keuntungan apabila ada pembaca yang klik berita berkenaan.

"Ini bukan kali pertama blog sama membuat fitnah terhadap saya tetapi kali ini saya bersuara kerana ia boleh mengundang masalah selain ia menjatuhkan reputasi kami berdua.

"Bayangkan keluarga kami yang baca dan tidak tahu apa-apa mengenainya mungkin mereka akan salah faham terhadap kami," katanya

Lara Alana comel di Jepun (13 gambar)

Lisa makin gemuk, ini komen cool Yusry..

Ramai yang mengkritik bentuk badan Lisa Surihani yang kini sedang meningkat naik aka gemuk selepas bersalin. Bagi Suaminya, Yusry, dia tidak kisah mengenai hal itu, namun percaya yang Lisa sangat berdisiplin jika nak diet semula ke bentuk asal badannya.

"Saya rasa, sesiapa pun yang bergelar isteri selepas bersalin, keinginan untuk menguruskan berat badan pastinya ada. Cuma, saya lihat apa yang dilakukan Lisa bukan kerana dia ambil peduli badan berisi atau runsing soal berat badan, tetapi lebih kepada menitikberatkan soal kesihatan.

Bagi saya soal menjaga kesihatan bukan lagi semata-mata untuk kurus, tetapi sudah menjadi gaya hidup. Bayangkan jika kelahiran anak pertama saja sudah mengubah kekentalan diri, macam mana pula kalau ada rezeki untuk mendapatkan anak kedua?.

Jadi, ia sebenarnya lebih kepada langkah berjaga-jaga. Bagaimanapun, memang disiplin Lisa sangat tinggi untuk menguruskan badan. " katanya kepada BH PLUS

Akhirnya Rita Rudaini menang kes perbicaraan dengan Aidil

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam, memerintahkan pemain bola sepak kebangsaan Mohamad Aidil Zakuan Abd Razak membayar nafkah tertunggak berjumlah RM68,530 kepada bekas isterinya Rita Rudaini Mokhtar.

Hakim Mawardi Che Man turut memerintahkan Mohamad Aidil yang juga pemain pertahanan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu membayar kos guaman yang ditanggung Rita sepanjang prosiding perbicaraan kes berkenaan.

Mohamad Aidil Zakuan, 29, yang hadir ke mahkamah bersama peguamnya Rushdan Sujak juga dikehendaki membayar kedua-dua jumlah berkenaan dalam tempoh 45 hari bermula hari ini.

Rita, 40, yang diwakili peguamnya Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memfailkan tuntutan berkenaan pada 14 Disember 2013.

Pelakon itu bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah hari ini kerana masalah kesihatan.

Sebelum ini, Rita turut memfailkan tuntutan mutaah RM300,000 daripada Aidil pada 7 Julai 2014 mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Bagaimanapun, pada Oktober tahun lalu, Mawardi memerintahkan Aidil membayar RM30,000 untuk tuntutan mutaah terbabit. -HarianMetro

Hadiah harijadi Zizan Razak sebuah kereta.... (10 gambar)

Selasa, 26 April 2016



Zizan Razak teruja sebaik sahaja melihat kereta Sport dihadiahkan peminatnya sempena hari lahirnya yang ke-32.

Bagaimanapun hadiah tersebut bukanlah dalam bentuk kereta sebenar tetapi sebiji kek kereta Sport dalam bentuk 3D yang ditempah khas oleh peminat kepada selebriti kesayangan mereka itu.

Selain itu, Zizan menerima hadiah berupa sepasang ‘Nike Men’s Air Jordan’.

Majlis sambutan hari lahir Zizan berlangsung dengan meriah bertempat di Ruang, Shah Alam, pada malam Sabtu. -MediaHiburan

Permintaan Nelydia Senrose untuk orang ramai isu kakaknya, Uqasha Senrose

Adik kepada Uqasha Senrose, Nelydia Senrose merayu agar orang ramai tidak menghentam kakaknya lagi atas pelbagai tuduhan tidak berasas dan seterusnya menganggu reputasi kakaknya itu gara-gara kemelut dengan seorang pelakon lelaki.

“Saya tahu ada orang keliling yang sering membandingkan saya dengan Uqasha. Mereka mengatakan dia tidak baik dan saya sebaliknya. Terus terang, saya tidak gembira walaupun perkara baik dikaitkan dengan diri saya. Yang mereka katakan itu kakak saya”

“Buruk baiknya tentu saya akan rasa, ibarat cubit paha kiri, paha kanan juga terasa. Saya tidak suka kakak saya jadi jadi perhatian untuk benda negatif. Sebagai adik, saya tahu situasi sebenar yang berlaku,” jelasnya

Majlis bertandang Yatt Hamzah (15 gambar)


Sebelum ini telah berlangsungnya majlis berinai, esoknya Yatt Hamzah telah berlangsung majlis bertandang yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan bertemakan warna merah jambu aka pink.

Cheryl Samad selamat melahirkan anak ke-2 (gambar baby)



Cheryl Samad selamat melahirkan anak perempuan beberapa minggu lalu. Anak keduanya itu kini berusia 14 hari. Namun nama anak perempuannya itu belum dikongsikan lagi.

Pendirian terbaik Yuna bila diminta buka tudung di Amerika

Hebat dan tabah betul Yuna di negara orang. Walaupun bukan di negara bukan Islam tapi pendirian Yuna untuk bertudung memang kuat. Dia tidak terikut-ikut dengan trend dan budaya negara Amerika tapi lebih bangga memakai tudung daripada berseksi.

Maria Farida bergaduh pasal kasut? (4 gambar)

Isnin, 25 April 2016

Dengarnya Datin Maria Farida berebut kasut. Bukan kasut berjenama kelas tinggi dan mahal beribu-beribu cuma harga RM300 ratus sahaja.

Bahkan diceritakan kasut berkenaan kebetulan mahu juga dibelikan oleh seorang untuk anaknya. Dan ini serba sedikit luahan hati si bakal pembeli terhadap Maria.

Ucapan Liyana Jasmay ini buat rakyat Sabah berang!

Artikel penuh dibawah ini memetik portal mStar Online

Pelakon Liyana Jasmay memberitahu suaminya sering menjadi mangsa peminat-peminatnya untuk bergambar biarpun dia bukanlah selebriti terkenal.

Liyana, 28, berkata, dia menerima banyak mesej di laman sosial daripada peminat apabila mereka mengambil bergambar dengan suaminya yang kini bekerja di Sabah.

Rumah Zaquan, Ayu Raudhah dirompak kali ke-3 (video CCTV)

Pasangan suami isteri, Ayu Raudhah dan Mohd Zaquan Adha sekali lagi menerima nasib malang apabila kediaman mereka yang terletak di Pasir Gudang, dirompak oleh sekumpulan penyamun Jumaat lalu. Perkara itu turut didedahkan menerusi akaun Instagram Mohd Zaquan sendiri.

Percutian Zizie Ezette ke Osaka, Japan (21 gambar)

Abby Abadi keguguran kandungan di Madinah

Pelakon Abby Abadi redha selepas mengalami keguguran sebelum masuk untuk menunaikan solat Asar di Masjid Nabawi pada Khamis lalu.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Abby menerusi akaun Instagram (IG)nya selepas memuatnaik satu foto bersama suaminya semalam (Sabtu) dengan menceritakan kejadian yang menimpa dirinya.
“SAYA 'TUMPAH DARAH' DI MADINAH.

“Semalam (khamis, 21hb April 2016). Sy tumpah darah sebelum masuk utk Solat Asar di Masjid Nabawi. Banyak ketulan2 darah keluar, meletup2 sy rasa. Masa tu Alya @eveusun walaupun sudah tak buleh solat, dia rajin nk teman sy. Suami baru je masuk ke dlm masjid waktu ni.

“Sebelum masuk Masjid janji jumpa kt luar (KFC) sbb terasa nk makan KFC semalam. Jadi supaya suami tak mencari, sy ajak Alya duduk dulu disitu walaupun terasa darah dah membuak2 keluar. Selesai Asar, suami keluar lambat sbb dia gi mencari Ma & Abah. Sy beratur dulu di kaunter luar KFC tu sbb ingat nk beli dulu.. tak sabr nk balik. Sampai giliran sy, perempuan dia suruh order kt dlm daaa.

“Tunggu jugaklah suami. Beli bawa balik. Sy jalan dulu sbb nk terburai dah rasa. Bernasib baik tak terbabo sbb dah buat persediaan awal. Satu lagi sy pakai seluar panjang dlm jubah. Jadi darah mengalir di seluar, tak sampai meleleh ke bawah sbb ada stokin di kaki.

“Sampai di hotel, masuk bilik airrrr, penuhhh bilik air dgn darah, huhu.... Lama sy dlm bilik air sbb darah kelur tak berhenti. Penat, suami sampai, kata dah bgtahu Ustaz Rohaizam, dah bgtahu Mutawwif kami, @sofygurronces. Sofy terus uruskan utk hantar sy ke hospital.

“Sy kata taknak gi hospital, nnti kena tahan. Dia kata ok takpe, kita pegi klinik swasta. Sy kata taknak juga nnti kena byr mahaiiiiii ( berkira lagi tu). Sofy kata jangan camtu, nnti esok kalau sakit kat airport, kena tahan lagi susah, tak buleh balik. Sy kata takpelah, biar je sy.. Sy minta ALLAH tolong Sy, tgk malam nnti mcmana.

“Lepas tu darah & ketulan keluar lagi tak berhenti.. 3-4kali sy tukar baju sbb terkena darah, sampai suami pergi ke Masjid utk Maghrib/Isyak, sy sorg2..keluar lagi membuak2 3kali. Sy taktahu nk makan ubat apa, sy minum air zam2 je dgn doa supaya ALLAH sentiasa bersama sy. Pastu sy tertidur.

“Pagi ni, Alhamdullillah sy ok, cuma sakit bawah ari2. Sy kuatkan diri sbb rombongan bertolak balik dah 10am dari hotel pagi ni. Kalau sy sakit terpaksa ditahan di hospital & tak buleh balik. Sy nk balikkk.. rindu anak3,” tulisnya.
Dalam pada itu, Abby juga turut memohon maaf kerana menyembunyikan berita kehamilannya daripada pengetahuan orang ramai.
“ALLAH SWT lebih tahu yg terbaik utk kita. Sy redha atas apa yg berlaku. Mohon ampun dan maaf sbb sblm ni sy berteka teki tentang kandungan sy. Antara sebabnya ialah, takut apa2 terjadi kalau terlalu bercerita dari awal. Jadi ingat nk simpanlah dulu. Maklumkan pada Sahabat2 rapat& Keluarga Umaima je.

“Tapi terjadi juga. InshaALLAH, sy yakin ALLAH ada perancangan yg lebih baik utk sy. Terima Kasih ALLAH utk pengalaman ini,” jelasnya memetik laman sosial Instagram miliknya.

Fathia Latiff bertudung nampak manis (6 gambar)

Ahad, 24 April 2016

Instagram Emma Maembong hilang 3 juta pengikut.. WOW

Instagra mmilik Emma Maembong sendiri sudah pun hilang hampir 3 juta pengikut. Ini kemungkinan disebabkan aktiviti kurang sihat seorang pengondam.

“Terkejut sehingga lidah saya kelu tak tahu nak cakap apa. Saya sedih sangat kerana Instagram saya itu menyimpan seribu satu memori yang tidak dapat dicari kembali. Saya hanya menyedarinya apabila bangun pagi dan mendapat e-mel berhubung perkara ini”

“Namun, saya redha dan membuat keputusan untuk tampil dengan akaun Instagram baharu. Bukan itu saja, ada yang mengambil kesempatan dengan mewujudkan beberapa akaun palsu. Saya tidak mahu ada peminat yang tertipu dan ingin menegaskan akaun baharu rasmi saya ialah @emma_maembongofficial,” katanya memetik BH Online.

Sekitar majlis berinai Yatt Hamzah (10 gambar)

Pada malam semalam telah berlangsung majlis berinai Yatt Hamzah. Sementara itu, pada hari ini akan berlangsung majlis bertandang pula bagi pihak lelaki yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan.

Yatt Hamzah dan juga pasangannya, Mohammad Zulfadli kerana telah selamat diijabkabul di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Februari lalu.

Novel 'selfie' Hafiz Hamidun, apa dah terjadi kini?

Sabtu, 23 April 2016


Ramai yang mengkriti novel 'selfie' Hafiz Hamidun yang dilancarkan baru-baru ini. Termasuk juga kritikan rakan selebriti, Redza Minhat yang menganggap potensi sebenar sebuah novel dengan bermodalkan selfie.

Namun Redza tidak menujukan kepada novel dan siapa penulisnya di dalam kenyataannya itu. Yang memaranjatkan novel Hafiz itu kini difahamkan sangat laris di pasaran.

Dapat publisiti juga akibat kritikan orang ramai ni. Tahniah Hafiz

“Setiap perkara yang kita lakukan, ada orang yang suka dan ada yang tidak. Jadi, saya bersikap terbuka sekiranya ada yang mengkritik mahupun memuji, walaupun antara mereka adalah daripada kalangan selebriti”

“Ia juga memberi pengajaran bagi saya untuk memperbaiki mana-mana kelemahan dalam buku yang dihasilkan itu. Sudahlah, tidak perlu besarkan isu ini. Masing-masing berhak melontarkan pandangan mereka. Yang penting, saya bersyukur Cerita Hati berjaya dijual lebih daripada 10,000 naskhah,” katanya kepada BH Online

Luahan hati Puteri Sarah mengenai zuriat dengan Syamsul Yusof

Dua tahun berkahwin, pasti ramai yang menantikan pasagan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof untuk mempunyai cahaya mata mereka sendiri.

Jelas Puteri Sarah kepada Harian Metro baru-baru ini, sejak beliau mengalami keguguran pada tahun 2014, Puteri Sarah dan suami tidak pernah putus asa untuk mendapatkan cahaya mata.

Namun, mereka akur bahawa hal ini juga bergantung kepada rezeki dan mereka akan sentiasa bersabar menantikan detik untuk bergelar ibu dan bapa. Puteri Sarah pada masa yang sama bersyukur kerana keluarga beliau dan keluarga mentua tidak memberikan sebarang tekanan untuk beliau mendapatkan anak.

Kami sentiasa berusaha ke arah itu. Siapa yang tidak mahukan anak, cuma dalam perkara ini ia bergantung kepada rezeki. Jadi, saya dan suami kena sentiasa sabar.

Kami juga belum terdesak nak memiliki anak. Bukan apa, saya percaya aturan Allah SWT itu lebih baik. Kalau bukan sekarang mungkin tahun depan. Apa-apa pun jangan berhenti daripada terus berdoa.

Saya selalu cakap kepada suami, selepas berkahwin tidak mahu menjadi pasangan yang bosan. Macam mana yang dilalukan ketika bercinta dulu, sama juga selepas kahwin. Sebagai contoh, apabila kami ada kerja di luar dan tidak bersama, kami saling menghantar mesej. Seboleh-bolehnya kami tidak mahu memadam terus momen bercinta itu. Ibaratnya, setiap hari adalah bercinta.

Kalau boleh setiap tahun mahu bercuti sama ada di dalam atau luar negara. Bagi saya, perkara itu dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Selain itu, setiap tarikh penting ‘dalam hidup kami perlu diraikan’. Syamsul pun tidak kisah, malah dia boleh layan dan terima. Sehinggakan dia selalu cakap, dalam diri saya ini penuh dengan kasih sayang dan sikap ambil berat. Sebab itu, dia sebagai suami cuba untuk memenuhi setiap permintaan saya.

Adik Eira Syazira tampil bagi komen kasut tiruan..

Jumaat, 22 April 2016

Berita mengenai penipua jenama kasut tiruan oleh Eira Syazira yang diluahkan oleh pembelinya telah mendapat liputan yang hangat.

Namun Eira belum lagi tampil memberikan penjelasan mengenainya. Adiknya, yang juga pelakon, Syafnida sempat memberikan komen mengenai hal itu memetik MediaHiburan

Tony Eusoff dijatuhi penjara 8 bulan SEBAB....

Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman lapan bulan penjara ke atas pelakon tempatan, Tony Eusoff kerana memiliki dadah, hari ini.

Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, 38, dihadapkan ke mahkamah pada 31 Mac lepas dan didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

Laporan sebelum ini menyebut pelakon teater P. Ramlee The Musical itu dipercayai memiliki satu paket mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi kesan ganja.

Dia didakwa memiliki dadah itu di balai ketibaan bas Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Tuas, Singapura pada 12 Mac lepas.

Turut hadir di mahkamah memberi sokongan ke atas aktor kelahiran Sarawak itu adalah penerbit filem Datuk Vinod Shekar dan rakan-rakan artis termasuk Jehan Miskin. -AstroGempak

Anzalna Nasir, suami ke Ibadah Umrah (7 gambar)

Fahrin ke Manchester, pesan sweet kat isternya.. (8 gambar)


Fahrin Ahmad kini berada di Manchester, England bagi menjayakan program Mencari Ramli Musim kelima. Namun pun begitu, Fahrin dan isterinya, Elena Hani Eleas, yang hamil tiga bulan terpaksa berjauhan buat sementara. Namun Fahrin ada membuat kenyataan sweet di Instagram miliknya

Mia Sara menangis perniagaan tudungnya tidak laku..

Setelah tujuh tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, pelakon kanak-kanak Mia Sara Nasuha kini mengorak langkah menceburi bidang perniagaan tudung dan busana menerusi jenamanya sendiri, Mia Sara (MS) Couture.

Berkongsi pengalaman saat mula-mula mahu berjinak-jinak dalam bidang perniagaan, Mia berkata dia bersama ayah dan rakan kongsi Mohad Azman Bermula dengan hanya menjual tudung secara kecil-kecilan di bawah khemah di Kampung Batu.

Dedah Mia, pernah satu ketika tidak ada seorang pun pelanggan yang datang dan membeli tudungnya.

Walaupun pernah berasa putus asa, Mia nekad meneruskan perniagaan secara serius sekembalinya daripada mengerjakan umrah dan bermula daripada penghijrahannya ke arah kehidupan muslimah pada Disember tahun lalu lapor Malaysian Digest.

Baby bump Rebecca Nur al Islam terkini (12 gambar)

Khamis, 21 April 2016

Berita mengejutkan Dato Seri Vida untuk pengikut Instagramnya..

Minggu lepas, ramai juga yang tertipu dengan akaun Facebook palsu yang menggunakan nama Dato’ Seri Vida yang menawarkan beg tangan mewah Louis Vuitton, LV, secara percuma bagi sesiapa sahaja yang share post berkenaan.

Baru-baru ini, Dato’ Seri Vida telah bermurah hati untuk menghadiahkan bukan sahaja beg tangan LV secara percuma tetapi beberapa lagi beg tangan lain kepada mereka yang bertuah.

Pengumuman itu dilakukan menerusi akaun Instagram miliknya.

Awal, Scha dan Lara ke Tokyo (10 gambar)

Luahan penuh Uqasha Senrose tentang Hafidz Roshdi (video)

Ikuti luahan penuh Uqasha Senrose mengenai Hafidz Roshdi yang dimana hubungan mereka kini semakin parah. -video mStar Online

Luahan Fasha Sandha yang buat kita terharu..

Sungguh tak sangka ada satu luahan rasa yang membuatkan kita tersebak dan terharu sedikit mengenai pengorbanan Fasha Sandha dengan anaknya. Melalui satu video yang dimuatnaik baru-baru ini sempena sambutan hari jadi anak sulunya, Putra Rayfal, Fasha telah meluahkan perasaan yang paling dalam sekali.

Eira Syazira menipu? jual barangan tiruan?

Rabu, 20 April 2016

Eira Syazira dikatakan telah menipu pelanggannya dengan menjual kasut jenama tiruan dan mengenakan harga yang mahal sama seperti jenama original.

Menurut laporan Utusan Online, bukan itu sahaja, malah dikatakan kasut yang diterima itu mempunyai jahitan tidak kemas, siap mempunyai kopak-kopak lagi pada bahagian tapak kasut itu. Perkara ini mengukuhkan lagi dakwaan bahawa kasut yang dibeli individu itu merupakan barang rosak dari kilang.

Kata laporan itu lagi, individu itu telah membeli dua pasang kasut dengan harga yang mahal iaitu RM500. Namun beliau kecewa melihat keadaan kasut yang diterimanya itu serta sikap Eira yang tidak memeriksa kualiti kasut sebelum menjualnya memandangkan beliau telah membayar dengan harga yang tinggi.

Setakat ini Eira Syazira masih belum mengemukakan sebarang komen mengenai perkara ini.

Buku Hafiz Hamidun dikecam sebab ini.. (4 gambar)

Memetik laporan Forum Cari, buku keluaran terbaru Hafiz Hamidun dikecam gara-gara memiliki banyak gambar selfie di dalam kandungannya.

Mana tahu kan, mungkin ini strategi Hafiz untuk menarik minat golongan pembaca. Apa-apa pun semoga ini menjadi cabaran buat Hafiz.

Hari pertama Lana Nordin ikut suaminya.. (7 gambar)


"Words cannot describe the connection you feel while feeding your child!!..alhamdulillah n tq Allah SWT,"

"First day in New Orleans and my hubby taking me to my new favourite mommy store," -luah Lana Nodin yang baru-baru ini mengikut suaminya ke New Orleans, Amerika Syarikat demi tugas.
Ikut info, Lana selamat melahirkan anak sulungnya, Gia Quinn Mckienzie pada bulan Januari tahun ini.

Awak rasa saya dah gila ke? -Rozita Che Wan (pakai jeans koyak)...

Rozita Che Wan menegaskan dia memahami apa yang dilakukan selama ini khususnya mengenai cara berpakaian yang sesuai dengan imejnya sebagai seorang wanita bertudung.

Rozita enggan mengendahkan kritikan pengguna laman sosial yang sering menegur cara berpakaian dan hanya mencari kesilapannya semata-mata.

Wajah terkini anak Aepul Roza, Leez Rosli (7 gambar)