Video Bocey dengan kanak-kanak comel ini jadi viral...

Pada: Jumaat, 2 Disember 2016
Seorang kanak-kanak perempuan yang mendendangkan lagu Memori Berkasih dengan Achey melalui aplikasi Smule telah menjadi perhatian ramai di media sosial beberapa minggu yang lalu.

Menurut BH Online, Achey sebenarnya sudah lama berhasrat untuk berduet dengan si cilik itu yang menggunakan akaun 'Putera Malaya', dipercayai milik bapa kanak-kanak berkenaan.

Achey mengakui yang dia kagum dengan bakat anak kecil itu kerana mampu menghafal beberapa lagu berserta rentaknya sekali.


"Saya sudah lama melihat bakat cilik ini sejak dia berduet bersama Khai Bahar, namun hasrat untuk menyanyi bersama dia sering terhalang kerana kuota nyanyiannya selalu penuh.

"Saya kagum dengan kebolehan yang dimiliki kanak-kanak itu dan berharap supaya kebijaksanaannya menghafal digunakan sebaik-baiknya," katanya kepada BH Online.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..