Mia Ahmad diberikan masa dua tahun oleh Izham untuk ini...

Pada: Jumaat, 2 Disember 2016
Penjaga gol JDT iaitu Mohd Izham Tarmizi Roslan memberi masa dua tahun kepada bakal isterinya Mia Ahmad untuk memikirkan sama ada mahu terus bergelar pelakon ataupun sebaliknya.

Mohd Izham, 25, berkata, dia tiada hak untuk menyekat Mia kerana ketika mengenali wanita itu, dia sudah bergelar seorang selebriti.

“Saya rasa lepas kahwin ni untuk tahun pertama, tahun kedua saya bagi dia teruskan lagi kerjaya dia sebab saya kenal dia pun dia seorang pelakon. Bukan mudah nak saya hentikan dia serta-merta tak bagi dia berlakon. Cuma saya bagi masa… dia kena fikir mana patut, mana tak,” katanya kepada mStar Online

Mohd Izham diminta mengulas mengenai perancangan perkahwinannya dengan Mia Ahmad yang dijangka pada Januari tahun depan.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..