AG Coco selamat bergelar suami (gambar & video)

Pada: Ahad, 11 Disember 2016
Gitaris kumpulan Hujan, Mohd Hezry Mohd Hafidz atau lebih dikenali sebagai AG Coco selamat diijab kabulkan dengan Zuliana Eusoff atau Zue dengan sekali lafaz pada upacara yang berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan di Kelana Jaya, pagi semalam.

Pada upacara itu, AG yang dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan turut menyerahkan mas kahwin RM15,000 berserta tujuh dulang berbalas sembilan. Pasangan itu mula berkenalan pada akhir tahun lalu, seterusnya bertunang pada 19 Mei lalu. -BharianOnline

video

Tag : , , , , , ,