Siti Salehah selamat bertunang dengan Lutfi Azhar (7 gambar)

Pada: Ahad, 27 November 2016

Selepas lebih setahun menjalinkan hubungan cinta, Siti Saleha selamat melangsungkan pertunangan dengan kekasih hatinya, Lutfi Azhar pada majlis tertutup di kediaman keluarganya di Bandar Puteri pada jam 11 pagi semalam. Lutfi, seorang pegawai kerajaan, hadir bersama rombongan keluarganya. Pihak lelaki menyerahkan lima dulang yang dibalas lima dulang oleh pihak perempuan.

"Saya mahukan majlis pertunangan yang ringkas dan tertutup. Disebabkan itulah, saya hanya mengundang ahli keluarga dan kenalan rapat saja.

"Bukan mahu menyorok hari bahagia, tetapi ini hanya majlis pertunangan. Saya mahukan ruang peribadi untuk keluarga," kata Siti Saleha memetik BharianOnline

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..