Pertahankan suami Ramli MS, Alyah dikecam dan diugut

Pada: Jumaat, 11 November 2016

"Sekiranya ada pihak cuba mengungut mahu menyimbah asid atau mengancam keselamatan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis."
Isteri kepada juri tetap Gegar Vaganza 3 (GV3), Datuk Ramli MS, Datin Alyah, ugut akan mengambil tindakan terhadap peminat setia Elly Mazlein sekiranya tidak menghentikan 'perang' di laman sosial.

Menurut Alyah, ia adalah jalan terbaik selepas dia turut menerima beberapa panggilan dan mesej berbaur kecaman.

“Setakat ini, saya masih boleh bersabar kerana apa yang berlaku ini hanyalah masalah kecil," katanya kepada Harian Metro.
Komen pedas Ramli yang menyebabkan Elly membuat keputusan untuk meninggalkan program GV3 menimbulkan kemarahan peminat.

Menurut Alyah, insiden itu menyebabkan dia dikecam teruk di laman sosial selain menerima beberapa mesej serta panggilan telefon.
“Saya dihentam teruk di Instagram. Malah ada juga individu yang sanggup membuka akaun Instagram baru semata-mata mahu menghina saya dan suami.

“Lebih teruk, saya menerima panggilan telefon tanpa henti daripada individu tidak dikenali sejurus selepas program itu tamat bersiaran selain turut menghantar mesej supaya Ramli segera memohon maaf kepada Elly,” katanya.

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..