Pelawak Issey sah bercerai!

Pada: Selasa, 15 November 2016
Setahun setengah perkahwinan pelawak Issey Fazlisham, 29, bersama Syuhadaa Syafiqqa, 24, akhirnya telah becerai sejak 21 Ogos yang lalu.

Memetik MediaHiburan, Issey mengakui rumah tangga mereka ketika itu sedang bergoncang dan sedang berusaha menyelamatkan ikatan mereka.
"Alhamdulillah saya ok. Sekarang ini lebih fokus pada kerjaya. Rindu pada orang tu tiada, tetapi rindu dengan kehidupan rumah tangga, contohnya seperti uruskan pakaian makan dan minum dan lain-lain lagi.

"Jadi yang lepas tu lepaslah, jadikan satu pengajaran, masing-masing ada salah. Saya pun gagal membentuk rumah tangga. Tapi sekarang ini alhamdulillah dah move on. Mungkin ada hikmah kan?

"Seterusnya saya lebih fokus pada kerjaya. Fobia itu tiada namun saya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan. Mestilah kena fikir untuk berumah tangga, tapi bukan dalam masa terdekat," ujarnya

Tag : , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..