Nora Danish sudah kahwin di luar negara?

Pada: Rabu, 9 November 2016
memetik portal Utusan, ada sumber memberitahu yang Nora Danish sudah berkahwin di luar negara dengan kekasih hatinya Nedim Nazri. Tabah sumber itu lagi, kisah itu perlu dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu dan hanya akan dikongsi pada waktu yang sesuai nanti.

Dan ini komen Nora mengenai hal berkenaan

"Oh, tidak! Ia langsung tidak benar sama sekali. Bagi saya perkahwinan adalah perkara yang baik. Jadi, saya tidak lihat kenapa perlu untuk disorokkan berita itu andainya benar saya sudah jadi isteri orang semula. Tolonglah jangan percaya.

Sekarang kan kita boleh periksa status seseorang itu di pejabat agama. Pergi saja ke bahagian pendaftaran perkahwinan, periksa di situ. Jangan risaulah. Jika perkara ini betul, saya sendiri akan kongsi juga dengan semua orang. Benda baik, kita takkan sorok pun." -Ujar Nora

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..