Nadya Syahera sudah berkahwin, inilah suaminya.. (4 gambar)

Pada: Khamis, 24 November 2016
Pelakon drama bersiri Dia Semanis Honey, Nadya Syahera Rosli, 23, sudahpun berkahwin dengan pasangan pilihan, Fizul Nawi, 24 selepas lapan bulan berkenalan.

Pernikahan mereka dilangsungkan pada 25 September lalu di ibu kota yang hanya bersaksikan keluarga rapat kedua-dua pihak.


“Pernikahan ini bukan sahaja untuk mengelakkan fitnah, malah ia turut melegakan keluarga saya dan Fizul apabila kami selalu keluar serta bercuti bersama. Lalu dengan persetujuan keluarga, kami dahulukan yang wajib sebelum mengadakan majlis kenduri dan persandingan pada pertengahan tahun depan.

“Alhamdulillah, kami sekarang bebas pergi ke mana saja. Dengan peminat juga senang saya nak jawab yang kami sudah menikah. Bagaimanapun, pernikahan ini belum ramai yang tahu jadi Fizul muat naik gambar di Instagram dan membuat sedikit coretan mengenai status kami,

“Tiga bulan berkenalan memang manis namun masuk bulan berikutnya adalah perbalahan kecil namun bagi saya itu adalah adat dalam mana-mana hubungan.

“Apabila ada keserasian, tidak perlulah kami menunggu lama untuk mendirikan rumah tangga,” jelasnya memetik Harian Metro.




Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..