Komen pedas nitizen terhadap Ramli MS

Pada: Selasa, 8 November 2016
Elly Mazlein menzahirkan rasa kecewa dan simpati terhadap wanita itu yang tersinggung dengan komen juri tetap Datuk Ramli MS pada konsert Gegar Vaganza 3 yang berlangsung pada malam Ahad lalu.

Rata-rata peminat menganggap komen juri tetap itu sebagai tidak profesional dan telah menjatuhkan semangat peserta kegemaran mereka itu untuk meneruskan pertandingan.

Memetik portal mStar, Ramli MS masih gagal lagi untuk dihubungi berkaitan hal ini.


"Kak Elly sanggup terima komen positif dan negatif namun harus betul dengan skop kerja. Jangan komen melibatkan isu peribadi, itu tidak profesional.

"Saya perasan sejak minggu pertama lagi Datuk Ramli tidak berapa berkenan dengan penglibatan Elly Mazlein, komen dia macam fishy sangat," ujarnya @hishamammeissa.
"Rata-rata semua tengok GV3 sebab Elly Mazlein, bila dia sudah tiada ramai yang tidak berminat untuk tengok termasuk saya," ujar @fizzo_rydafi_official.
"Dunia hiburan selalu macam ini, kena tegur itu perkara biasa, kalau dalam lakonan pengarah maki hamun semua keluar dari mulut pengarah. Nak jadi artis kena telan semua benda ini," ujar @s87studioentertaiment.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..