Khai Bahar dituduh seorang gay sebab video ini!

Pada: Isnin, 14 November 2016
Penyanyi laman sosial, Khai Bahar berdepan dengan tohmahan masyarakat disebabkan sebuah video panas yang dianggap mencurigakan dan menimbulkan tanda tanya tentang personaliti dirinya.

Namun, menedari hakikat asam garam dunia artis, dia menganggap yang perkara tersebut cuma ujian pertama bagi dirinya dalam mengejar impian menjadi 'public figure'.


“Ketika video itu mula tersebar di Facebook, pelbagai reaksi masyarakat dapat saya lihat. Ada yang menghentam dan menganggap saya golongan songsang.Bagi saya, mereka yang melemparkan komen negatif itu belum kenal siapa saya yang sebenarnya. Itu hanya tanggapan semata-mata dan bukannya realiti. Saya sebenarnya cukup mesra dengan kawan baik saya kerana kami memang rapat sejak dulu,” ujarnya kepada BLING!
Menurutnya, dia masih waras lagi dan tidak akan melakukan sesuatu yang boleh mengaibkan diri mahupun keluarga.
“Video itu tidaklah keterlaluan mana pun. Kalau ia melampaui batasan, tidak mungkin saya dan sahabat itu akan memuat naik ke laman Facebook.

“Setiap apa yang saya lakukan, saya akan fikirkan sedalam-dalamnya kesan dan apa yang akan berlaku selepas itu,” kata Khai.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..