Kembar tak seiras Emma Maembong, Suffila Aida (18 gambar)

Pada: Isnin, 14 November 2016
Pelakon baharu Suffila Aida mula berasa rimas apabila dikecam peminat Emma Maembong yang menuduhnya sengaja menumpang populariti artis berkenaan untuk dikenali dan menarik pengikut media sosial.

Suffila berkata, kenyataan mengatakan dia berwajah seirang dengan Emma bukannnya keluar daripada mulut dia, sebaliknya diviralkan orang luar dan blog-blog hiburan tempatan.


"Saya tidak pernah mengaku atau feeling macam Emma Maembong, sebaliknya blog-blog tempatan yang ambil gambar saya dan membandingkan wajah saya dengan Emma.

"Namun, perkara itu disalah anggap peminat Emma yang sering menghentam saya kononnya mahu tumpang populariti selain mengutuk saya menyolek tebal untuk kelihatan cantik seperti Emma," ujarnya

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..