Kek perkahwinan Amar Baharin, Amyra Rosli berulat?

Pada: Rabu, 16 November 2016
Pembuat kek untuk majlis pernikahan Amar Baharin dan Amyra Rosli pada Jumaat lalu, iaitu Anne Idris tampil menafikan tuduhan kononnya kek untuk majlis itu sudah berulat selepas sebulan ia dibuat.

Anne, 34, menjelaskan kek tersebut dibuat pada 10 November iaitu sehari sebelum majlis pernikahan pasangan itu berlangsung dan dia menggunakan bahan-bahan yang paling baik serta tahan lama berbanding kek biasa.


"Saya terkilan ada komen-komen negetif mengatakan kek tersebut sudah berulat kerana dibuat sebulan lalu seperti viral di laman sosial.

"Blog-blog yang menviralkan tentang kek tersebut tidak bertanya kepada saya terlebih dahulu.

"Sebulan yang saya maksudkan ialah persiapan untuk hiasan kek kerana saya perlu buat hiasan rama-rama bertatahkan batu swarovski.

"Untuk sebiji kek ia mempunyai kira-kira 11,000 biji batu swarovski jenis paling mahal dan ia bukan senang untuk dilekatkan," ujarnya kepada mstar Online.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..