Keguguran Mei lalu, ini yang terjadi kepada isteri Kodi Rasheed..

Pada: Khamis, 3 November 2016
Dengar khabar terkini dimana isteri pelakon Kodi Rasheed selepas mengalami keguguran Mei lalu, telah berkongsi khabar yang isterinya, Nor Fatihah Mahad, kini kembali hamil.

Usia kandungan isteri kesayangannya itu kini sudah mencecah 10 minggu. Kehamilan Nor Fatihah tentunya dianggap rezeki yang mengubat kedukaan lalu apabila impian pasangan berkenaan untuk menimang anak lebih awal tidak terlaksana apabila wanita terbabit mengalami keguguran.


"Saya bagaimanapun reda dengan dugaan yang kami tempuhi dulu. Sebagai hamba-Nya, saya percaya kita akan sentiasa diuji.

"Berita isteri keguguran dulu, umpamanya, saya terima sekitar waktu Maghrib. Beberapa jam selepas itu pula, saya dikhabarkan dengan kemenangan saya pada malam pertama Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2016. Ketika itu saya berada di Perak bagi menjalani penggambaran telefilem, Aku Bukan Rasul.

"Keesokannya, saya pulang untuk melawat isteri di rumah. Saya juga berkesempatan menghadiri malam kemuncak ASA 2016 pada hari sama," katanya kepada BharianOnline.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..