Janna Nick potong rambut macam lelaki, ini sebabnya..

Pada: Khamis, 24 November 2016

Agak mengejutkan apabila penyanyi Mungkin Saja, Janna Nick, sanggup memotong pendek rambutnya seperti lelaki. Janna berbuat demikian demi tuntutan watak sebagai inspektor polis.

Menerusi supertelefilem berjudul Bo Bajet yang mula menjalani penggambaran esok, beliau sekali lagi bergandingan dengan Saharul Ridzwan, pelakon yang pernah mencipta fenomena bersamanya dalam drama Kau Aku Kita.


"Saya sudah lama mengidamkan watak sebagai inspektor polis. Sewaktu di sekolah dulu pun saya pernah aktif dalam persatuan kadet polis. Akhirnya watak idaman itu jadi milik saya.

"Istimewanya juga, saya kembali menjadi kekasih kepada Saharul Ridzwan dalam projek lakonan terbaharu ini. Sebelum supertelefilem ini, kami turut berlakon bersama dalam telefilem khas, Trauma, yang dihasilkan sempena Drama Festival Kuala Lumpur tahun depan," katanya memetik Bharian

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..