Inilah sebab kenapa Lara Alana ada masalah bertutur..

Pada: Khamis, 10 November 2016
Walaupun sudah masuk usia 2 tahun, anak Scha al Yahya dan Awal Ashaari, Lara Alana difahamkan sukar bertutur aka bercakap dimana kanak-kanak seusianya mampu serba sedikit bercakap.

Namun bukanlah masalah kesihatan buat Lara, cuma ini adalah disebabkan terlalu banyak bahasa yang dia dengar sehinggakan sukar baginya untuk bertutur.
“Dari segi ketinggian, dia sudah 90 peratus lebih daripada kanak-kanak biasa. Berat badannya pula sudah 60 peratus lebih daripada budak seumurnya. Bila saya hantarnya ke sekolah, kawan-kawannya masih kecil tetapi dia sudah besar. Ada benda yang ke depan dan ada benda yang dia ke belakang. Kami banyak bercakap dengannya cuma terlalu banyak bahasa yang digunakan”

“Saya cakap Melayu dan Inggeris. Pembantu rumah saya memang cakap Inggeris saja tak pandai cakap Melayu. Mak mentua saya cakap Kedah, mak saya guna bahasa biasa. Jadi banyak sangat bahasa yang dia dengar. Mungkin itu menyebabkan dia lambat bercakap,” kata Awal kepada Projek MMO

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..