Ini komen Elly Mazlein terhadap kak Ogy. Hormat sampai tahap 'ibu'!

Pada: Rabu, 16 November 2016
Elly Mazlein mengakui yang dia masih mempunyai rasa hormat terhadap Fauziah Ahmad Daud aka Ogy Ahmad Daud sebagai orang yang lebih tua dan berpegalaman dalam dunia seni, walaupun menyedari Ogy mengkritiknya di program realiti Gegar Vaganza 3 (GV3) pada 6 November lalu.
"Pada saya banyak cara dia boleh bercakap termasuk menegur saya secara peribadi jika tidak berpuas hati tetapi perkara sudah pun berlaku dan saya ingin lupakan sahaja.

"Biarpun dia serang saya tetapi saya tetap menghormatinya bukan sahaja sebagai pelakon senior dan orang yang lebih tua daripada saya tetapi melihatnya sebagai seorang ibu.

"Hendak bergaduh pun sampai bila? Ia tidak akan membawa apa-apa kebaikan dan saya terima sahaja apa yang orang hendak katakan kepada saya,

"Apabila Kak Ogy mengatakan dia kenal saya, saya sebenarnya tidak mengenalinya secara peribadi untuk mengulas panjang tentang tujuannya mengkritik saya.

"Kami bekerjasama pun 11 tahun lalu dan itu pun dia hanya sempat mengarah separuh sahaja drama berkenaan sebelum diganti orang lain kerana masalah tertentu," ujarnya. ujarnya kepada mStar Online.

Tag : , , , , , ,

1 Komen:

Tanpa Nama 17 November 2016 4:15 PG

Ramainya pedengki! Elly Ibu Tunggal yg. jelita dan tabah, teruskan perjuangan mu nak; bukan si pedengki2 bangsat ni yg. akan bagi kamu dan anak comel kecil mu cari makan yg. halal! Baiki persembahan dan teruskan menyanyi. pedulikan si jantan miang dan bangang ni; bila dia sendiri dikrtik, tau pula dia mengamuk! Dahlah tu, tak professional lansung dan punya bongkak; apa kaitan kehidupan peribadi Elly dgn. persembahan dia? Tak dak kah pengkritik lain yg. lebih merendah diti tapi professional. Bukan yg. terus nak musnahkan karier artis termasuk kutuk kehidupan peribadi dia; apalagi artis malang dan dianiaya!

Kan bagus kalau ada penyanyi veteran hebat yg. sanggup jadi mentor Elly ni. Itulah, bukan nak tolong sesama lain, apalagi Ibu Tunggal yg. malang dianiaya ni, tapi depa asyik dengki bila org. lain lebih sikit. Tuhan akan balas.

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..