Harta kekayaan Taylor Swift yang buat korang terbeliak mata!

Pada: Jumaat, 18 November 2016
Jangan terkejut melihat kekayaan artis Barat, mereka sememangnya cukup kaya hasil daripada pendapatan lakonan/nyanyian mereka. Taylor Swift disenaraikan sebagai seleberiti bawah usia 30 tahun terkaya dengan pendapatan AS$170 juta (RM748.01 juta), tahun lalu.

Bintang berusia 26 tahun itu berada pada kedudukan teratas dalam senarai Forbes 30 under 30 Richest Celebrities (30 Senarai Forbes untuk Selebriti Terkaya bawah 30 tahun).

Kumpulan One Direction, menduduki tempat kedua dengan pendapatan AS$110 juta (RM484.01 juta).

Penyerang Barcelona dan Argentina, Lionel Messi, berada di tempat ketiga dengan AS$81.5 juta (RM358.60 juta), yang diperoleh di antara 1 Jun 2015 dan 2016.

Hanya empat selebriti wanita tersenarai dalam kelompok 37 individu itu, namun tiga daripadanya, termasuk Adele dan Rihanna selain Taylor Swift, menduduki lima tempat teratas.

Adele dan Rihanna masing-masing memperoleh AS$80.5 juta (RM354.20 juta) dan AS$75 juta (RM330 juta).

Jennifer Lawrence, satu-satunya aktres dalam senarai dan menerima bayaran tertinggi Hollywood, berada di tangga ke-12 dengan AS$46 juta (RM202.40 juta).

Anggota termuda dalam senarai, Justin Bieber, berada di tempat keenam dengan AS$56 juta (RM246.40 juta). - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/213679

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..