Gambit menyesal menyepi dari dunia lakonan

Pada: Khamis, 17 November 2016
Gambit bersyukur kerana bakatnya masih dicari walaupun ‘hilang’ seketika dari industri lakonan.
“Pada 2010, saya menolak banyak tawaran dan apabila memikirkan kembali perkara itu, saya berasa agak menyesal. Mungkin pada ketika itu saya belum matang dan membuat keputusan terburu-buru tanpa berfikir panjang. Saya pentingkan diri dan menghampakan pihak stesen televisyen serta produksi,” katanya kepada Harian Metro
.Dia akui dirinya cerewet dalam memilih watak kerana mengutamakan karya yang berupaya memberi impak positif kepada penonton.

Gambit juga menceritakan kesukarannya menjiwai watak dalam filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng yang akan menemui penonton pada 24 November ini.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..