Fattah Amin pegang tangan Neelofa.. Auch

Pada: Selasa, 29 November 2016

Fattah Amin menafikan dia sengaja memegang tangan Neelofa ketika mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei semalam seperti tersebar di laman sosial.

Fattah berkata perkara itu berlaku secara tidak sengaja apatah lagi dia perlu melindungi Neelofa daripada diserbu peminat.

"Kalau nak tahu ketibaan kami di Brunei disambut dengan meriah malah ramai peminat menanti kami di balai ketibaan. Keadaan memang sesak. Walaupun ada pengawal peribadi, keadaan jadi tidak terkawal.

"Pada masa sama, saya terpaksa melindungi Neelofa daripada dihimpit peminat. Saya kasihan dengan dia apatah lagi dia bertubuh kecil. Kiranya apa yang hangat tersebar itu bukanlah disengajakan,” katanya kepada Harian Metro.

Bintang utama drama Suri Hati Mr Pilot itu memaklumkan peminat di Brunei turut menunggu ketibaan mereka di hotel.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..