Disuruh buka tudung ketika berlakon, ini jawapan Zarina Zainuddin

Pada: Rabu, 23 November 2016


Zarina Zainuddin berbelah bahagi sama ada ingin kekal bertudung, seperti dihajatinya, atau membuka pakaian itu untuk menjayakan lakonan.
Beliau sukar untuk berjanji tidak menanggalkan pakaian Islam itu demi memenuhi kriteria watak walau pernah menolak dua tawaran yang perlu menampakkan rambut.
“Sekarang saya dapat tawaran berlakon, mereka suruh buka tudung, saya tidak berani cakap saya bertudung sepenuhnya.

“Untuk drama akan datang, saya tidak tahu macam mana. Saya tidak janji apa-apa. Saya minta orang ramai doakan semoga saya kuat.

“Buat masa ini, masih lagi selamat. Alhamdulillah masih terjaga dan terpelihara. Doakanlah saya,” kata ZarinaD
Isteri Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar berkata suaminya tidak mengambil pusing soal berhijab, berbeza dengan pendirian anak-anaknya yang begitu menekankan pakaian itu.

Zarina menambah tudung bukanlah satu jaminan kebaikan seorang wanita kerana ia sekadar penampilan luaran.
“Suami saya tidak kisah pakai tudung atau tidak. Pakai tudung dan tidak pakai tudung sama saja. Ada dosa masing-masing.

“Jangan kata orang pakai tudung itu baik. Luaran saja yang kita nampak tetapi sebenarnya hati kena bersih.

-MMO-

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..