Cukai Ahmad Nabil bernilai RM500,000

Pada: Isnin, 7 November 2016
Nabil Ahmad nampaknya dilaporkan bukan sedikit-sedikit membayar cukai hasil pendapatan, namun menarik nafas lega kerana telah melangsaikannya sejak tiga tahun lalu.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Nabil telah melangsaikan hampir RM500,000 yang dikira sejak pembabitannya sebagai artis pada 2009.

“Ya, sebelum ia jadi masalah yang serius, saya buat keputusan untuk menunaikan tanggungjawab itu dengan hati penuh rela. Saya tidak melihat pembayaran cukai ini sebagai satu beban, sebaliknya sentiasa beringat bahawa dalam setiap pendapatan atau rezeki yang diperoleh, terdapat hak orang lain di dalamnya.

“Sebab itulah ketika mendapat surat daripada LHDN untuk arahan pembayaran, saya terus bertindak pergi berbincang dengan mereka dan mengatur pembayaran perlahan-lahan.

"Hakikatnya, selagi kita memegang status warganegara, jangan harap boleh terlepas daripada tanggungjawab membayar cukai. Kita tak boleh nak lari ke mana-mana pun, lambat atau cepat akan kena bayar juga.

“Kita perlu jadikan beberapa kes artis-artis lain sebagai pengajaran. Kita ambil iktibar daripada kes-kes yang pernah berlaku sebelum ini,” ujarnya

Tag : , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..