Bukan lari, tapi hanya tunggakkan yang besar - Rozita Che Wan

Pada: Jumaat, 4 November 2016
Walaupun memiliki pendapatan puluhan ribu Ringgit sebulan, Rozita Che Wan aka Che Ta tak lari dari membayar cukai. Baru-baru ini heboh dikhabarkan yang Che Ta gagal membayar tunggakkan cukai. Namun ada juga desas desus mengatakan yang Che Ta tidak dapat ke luar negara untuk meraihkan harijadi anaknya kerana disebabkan hal ini.

Namun Che Ta menafikan dakwaan itu.

“Saya bukannya tidak membayar cukai, selama ini. Seperti biasa, saya membayar cukai terkini. Begitupun, tidak dinafikan masih ada sejumlah tunggakan daripada cukai terdahulu. Saya tahu dan sedar tanggungjawab saya.

Memang saya kena bayar cukai seperti orang lain juga. Cuma, jumlah tunggakan cukai yang perlu saya bayar adalah besar nilainya”

“Saya pula belum mampu untuk menjelaskan bayarannya secara sekali gus. Saya juga sudah mengadakan pertemuan bersama pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung perkara ini,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai berita kononnya beliau disekat ke luar negara kerana mengelak untuk membayar cukai sehingga tertunggak.

Tag : , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..