buka tudung sebab tidak mahu hipokrit - Uqasha

Pada: Rabu, 30 November 2016
Selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi memakai tudung, pelakon, Uqasha Senrose, kini lebih selesa kerana dan tidak perlu berasa pura-pura (hipokrit) di hadapan umum.
"Saya selesa begini. Daripada bertudung hanya sebab nak jaga hati orang ramai buat apa, lebih baik jadi diri sendiri dan saya rasa lega.

"Kalau orang tak suka tak mengapalah. Memang dari mula saya bertudung pun tetap ada orang tak suka jadi saya nak buat bagaimana?"

"Sebelum saya buat keputusan untuk membuka tudung, ya memang saya berfikir terlebih dahulu tentang akibat yang akan saya terima, tapi apa yang saya boleh katakan, saya memilih untuk tidak mahu menjadi hipokrit dengan semua orang," tegasnya kepada Astro Gempak..

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..