Adira dedah jantina anak sulungnya..

Pada: Selasa, 22 November 2016
Penyanyi Adira semalam telah membuat satu kenyataan di laman mStar Online dimana dia yang kini hamil enam bulan mengesahkan bakal menimang bayi perempuan selepas melakukan ujian ultra bunyi baru-baru ini.

Tambah Adira, dia dan suaminya, Datuk Seri Adenan Abu tidak kisah dengan jantina anak mereka kerana yang paling penting kandungan Adira berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang masalah.
"Jujurnya saya dan suami tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan kerana paling penting saya dan bayi dalam kandungan sihat sehingga dia dilahirkan nanti.

"Insya-Allah, menurut doktor saya dijangka bersalin pada Mac tahun hadapan," katanya kepada mStar Online.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..