Aasiyah Dhia Rana bakal miliki adik, tapi Zain Saidin nak tangguhkan..

Pada: Rabu, 16 November 2016
Usia anak pertama Zain Saidin dan Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 2 tahun bakal memiliki adik tidak lama lagi kemungkinan sukar dicapai. Menurut Zain memetik AstroGempak, dia menangguhkan 'proses' itu disebab ekonomi dan kewangan yang belum kukuh.

Namun, beliau tidak menolak sekiranya diberikan rezeki untuk menimang lagi cahaya mata dalam masa terdekat.

Memiliki anak yang ramai memang seronok tapi memandangkan keadaan ekonomi yang semakin mencabar, perancangan untuk zuriat seterusnya wajar dipertimbangkan.

Saya juga mempunyai sasaran untuk mengukuhkan kewangan keluarga iaitu sekitar lima angka, sekiranya ia tercapai barulah saya akan fikir untuk perancangan yang seterusnya. Tapi kalau sudah ketentuan dikurniakan zuriat kedua dalam waktu terdekat, saya terima dan bersyukur.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..