Zarina Zainuddin kini bertudung (6 gambar bertudung)

Pada: Selasa, 11 Oktober 2016
Alhamdulillah, seorang lagi retis telah memakai tudung aka hijab iaitu Zarina Zainuddin. Dengar khabar Zarina memberitahu yang dia memakai tudung selepas mendapat hidayah menunaikan solat subuh baru-baru ini.

“Entahlah, tiba-tiba apabila melihat anak-anak, terasa sayu di hati. Selama ini, ketika saya menunaikan solat, sukar untuk saya melakukannya dengan khusyuk. Bagaimanapun pada Subuh Jumaat itu (30 September), sewaktu solat, hati terasa sayu dan tiba-tiba pula saya menangis ketika sujud”

Menurut Zarina, pada saat tersebut, dia merasa bagai ada suaru yang menyerunya untuk berubah ke arah kebaikan. Malah dia turut berdoa kemudiannya mengapa dia tidak mendapat hidayah dari-Nya. Kini, apa yang dimahukannya adalah penghijrahannya ini akan terus berkekalan.

“Sejujurnya, saya selesa dengan perubahan ini. Selama ini, pengikut laman sosial juga sering mendoakan saya. Mereka banyak memberi sokongan. Cuma saya tidak berani untuk bercerita lebih-lebih. Diharap saya dapat mengharungi kehidupan ini dan saya berdoa, sekiranya gagal, saya berharap Allah dapat membantu saya ke jalan yang lebih baik,” jelasnya memetik Bharian.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..