'yang jahat semua saya' - Elly Mazlein

Pada: Khamis, 20 Oktober 2016
Elly Mazlein berkata dia menerima semua dakwaan dalam akuan bersumpah bekas suaminya pengarah drama Azmi Hatta termasuklah tuduhan kononnya dia melakukan kekerasan dan bersikap terlalu cemburu sepanjang tempoh mereka berkahwin.

Elly enggan melayan lagi perkara berkenaan yang hanya menganggu fokus terhadap pertandingan nyanyian Gegar Vaganza 3 yang disertainya.

"Sekarang ini yang jahat semua saya, yang tendang terajang, yang busuk semua saya. Tidak apalah saya terima sahaja apa yang dia tuduh kepada saya itu.

"Saya tahu tentang akuan sumpah 'istikharah cinta' setebal 20 helai itu yang boleh dijadikan skrip drama. Biarlah apa dia mahu kata, dia sahaja yang baik dan mulia dalam dunia ini," ujarnya kepada mStar Online

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..