Tomok pernah dibaling telur

Pada: Jumaat, 28 Oktober 2016
Tomok memberitahu ada beberapa individu yang pernah melakukan khianat termasuklah membaling telur kepadanya ketika populariti New Boyz akhirnya tampil memohon maaf.

Tomok sudah melupakan kisah pada awal kemunculannya dahulu biarpun mengakui agak fobia dengan tindakan agresif beberapa pihak yang tidak suka dengan kumpulan muzik dianggotainya itu.

"Ada beberapa inidvidu yang datang kepada saya dan meninggalkan komen di Instagram meminta maaf kerana pernah memarahi dan membaling telur kepada saya ketika saya dan New Boyz mengadakan persembahan suatu masa dahulu.

"Saya tidak kisah dengan hal itu kerana ia sudah lama berlalu dan mereka semua juga sudah membesar seperti saya. Dulu mereka juga remaja dan tidak matang lagi,

"Pertama kali saya dibaling objek ketika persembahan di Melaka dan selepas itu apabila kami ke semua tempat, ada sahaja orang yang baling sehingga membuatkan saya takut dan fobia untuk naik ke pentas.

"Masa itu saya sentiasa berfikir apa kesalahan yang saya lakukan sehingga dibenci sedemikian rupa," ujarnya memetik mStar Online

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..