Tiz Zaqyah kurang popular, ini dia lakukan..

Pada: Selasa, 25 Oktober 2016
Tiz Zaqyah tidak berasa terkilan apabila kurang mendapat publisiti di media sejak kebelakangan ini kerana lebih selesa memberi fokus kepada kariernya.

Tiz berkata dengan kuasa media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter dia masih boleh berkongsi aktiviti terbaharunya dengan peminat walaupun dilihat jarang muncul dikhalayak ramai.

Sebaliknya kata Tiz, dengan kuasa media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter dia masih boleh berkongsi perkembangan terbaharunya dengan peminat.
"Saya sebenarnya ada sahaja tetapi saya akui memang jarang menghadiri acara hiburan dan sebab itu jarang ada publisiti mengenai saya.

"Tambahan pula pada kebanyakan masanya saya sibuk di lokasi penggambaran kerana fokus saya adalah kerja.

"Tetapi itu bukan satu masalah kerana dengan zaman media sosial sekarang saya masih boleh memberitahu peminat terntang perkembangan terkini saya,"

"Tidak mengapa jika tidak popular tetapi cukuplah jika peminat mengingati hasil lakonan cemerlang saya dalam drama yang menampilkan saya," katanya memetik mStar Online.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..