Nadiya Nisaa dedah sebab dia bertudung..

Pada: Ahad, 9 Oktober 2016
Sekarang Nadiya Nisaa dah memakai tudung, namun ramai tidak mengetahui apa sebab dan bagaimana dia memulakan untuk bertudung.

Dan ini jalan cerita yang dikongsi Nadiya melalui sisipan portal MalaysiaKini.

“Saya merancang menutup kepala sejak Ramadan lalu terutama selepas mengisi masa sepanjang bulan puasa pergi ke kelas agama, ketika itu saya sedang hamil anak kedua. Selepas Ramadan berlalu, saya meneruskan pembelajaran di surau dekat rumah dengan mempelajari ilmu tafsir”

“Hati saya begitu tersentuh apabila dapat memahami pengertian surah al-Baqarah yang betul-betul membuka mata mengenai Islam. Saya harap kelas itu dapat diteruskan walaupun sudah mulai sibuk dengan penggambaran tetapi saya akan sedaya upaya mengimbangi antara tugasan dan jadual untuk keluarga dan kerjaya,” katanya

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..