Mia Ahmad, Mohd Izham akan berkahwin, tarikhnya adalah..

Pada: Khamis, 20 Oktober 2016
Mia Ahmad akhirnya mengesahkan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Mohd Izham Tarmizi Roslan ialah cinta hatinya dan sudah memikirkan hasrat berumah tangga.

Mia berkata, buat masa ini masih belum ada tarikh bagi tujuan berkenaan.
"Alhamdulillah kami sudah berkenalan selama setahun dan jujurnya saya selesa bersama Izham.

"Insya-Allah jika ada jodoh kami akan berkahwin tetapi bukan dalam waktu terdekat memandangkan jadual Izham yang padat," katanya kepada mStar Online.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..