Kembar mirip Remy Ishak, Azrel Ismail (12 gambar)

Pada: Isnin, 24 Oktober 2016
Azrel Ismail tidak menyangka impiannya untuk berlakon di samping Remy Ishak tercapai apabila mereka digandingkan dalam filem terbaharu arahan Kabir Bhatia berjudul Pulang.

Azrel teruja akhirnya dapat bertemu dengan Remy kerana sebelum ini tidak pernah bertentang mata walaupun sering kali wajahnya dikatakan mempunyai iras aktor terkenal itu.

"Apabila saya diberitahu Remy juga turut berlakon dalam filem itu saya sangat teruja bukan kerana wajah saya yang dikatakan miripnya tetapi memang saya meminatinya.

"Jujur saya tidak pernah bertemu dengannya sebelum ini dan peluang bergandingan dengannya adalah satu memori indah dalam karier saya," katanya kepada mStar Online.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..