Kehidupan sedih selebriti sebelum berjaya

Pada: Isnin, 17 Oktober 2016
Jep: Kerja terakhir saya adalah bersama Air Asia selama tiga tahun. Kalau saya jadi steward (pramugara) nanti orang tanya “ni naik kapal ke feri” sebab tu saya tak jadi steward, saya jadi pengangkat beg. Sebelum tu saya bekerja di New Straits Times sebagai machine cleaner dan sebelum tu lagi saya pernah menjual kasut. Tapi, antara benda paling susah yang saya pernah lalui adalah apabila saya sampai ke satu tahap di mana saya mengumpul tin dan kemudian menjualnya. Selain itu, saya pernah juga memasukkan pamphlet ke dalam sampul surat dengan bayaran hanya RM0.01 sehelai.

Jika saya tidak menjadi seorang pelawak, sudah tentunya cita-cita saya adalah untuk menjadi pemain bola sepak professional sepenuh masa. Saya menyimpan hasrat untuk bermain dengan kelab negeri kelahiran saya iaitu JDT. Kalau pada level international pula, saya nak bermain dengan Real Madrid sebab ada Cristiano Ronaldo!


Rahim: Sebelum menyertai Raja Lawak, saya adalah seorang pekerja kilang Panasonic. Saya bekerja di situ dari seorang operator sehingga berjaya memegang jawatan supervisor. Selain itu, saya pernah memegang suatu jawatan ‘maut’ iaitu sebagai seorang penyapu sampah di sebuah warehouse. Saya ditugaskan untuk menyapu sampah di pintu utama di mana lori akan keluar masuk. Walaupun kerja itu agak merbahaya dan mencabar, saya rasa saya antara pekerja yang paling hebat sebab tak sempat sampah jatuh ke simen, saya kutip dulu. Haha.

Pengalaman pahit saya pula, saya telah pergi ke ujibakat Raja Lawak sebanyak 3-4 kali tapi tak lepas. Akhirnya pada musim kelima saya berjaya hingga ke final. Tetapi ada satu benda yang saya kesalkan adalah adik saya tidak bersama saya hari ini. Mungkin rezekinya di tempat lain.

Hari ini, saya adalah seorang announcer radio untuk Sinar FM. Menjadi announcer radio ni adalah suatu pekerjaan yang paling seronok yang pernah saya buat sepanjang hidup saya. Saya digabungkan dengan dua orang rakan yang sangat serasi dengan saya iaitu Jep dan Syuib. Kalau korang nak tahu, kerja DJ ni antara pekerjaan yang saya paling tak sabar nak pergi kerja. Masa kerja kilang pula, saya ni antara pekerja yang paling tinggi MC. Hahaha!

Shuib: Sama seperti Jep, saya pernah menyandang tugas sebagai pengangkat beg di Air Asia. Jep lah yang mengajak saya bekerja bersamanya. Sebelum tu saya juga pernah bekerja di kilang seperti Rahim, tapi kilang lain lah, di Pulau Pinang. Pengalaman bekerja di kilang boleh dikatakan yang paling teruk yang saya pernah lalui dalam hidup saya kerana saya pernah bekerja selama 12 jam dan hanya mendapat bayaran sebanyak RM16 sahaja.

Dulu pernah jugak pergi ke uji bakat Akademi Fantasia selama beberapa musim bersama Jep untuk menjadi artis. Tapi mungkin rezeki kami bukan di bidang nyanyian, saya dan Jep akhirnya memutuskan untuk menubuhkan kumpulan Sepah bersama Mamat dan hadir ke uji bakat Raja Lawak pada tahun 2009. The rest is history.

Baca Lagi kisah Hisyam Hamid, Kamal Adli, Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Kumpulan Zero...

Tag : , , , , , , , ,

1 Komen:

Hakim Mahmud 20 Oktober 2016 9:22 PTG

bagos la bermula dari bawah. Bukant terus naik.

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..