Julia Ziegler umum tarikh perkahwinan

Pada: Isnin, 31 Oktober 2016
Julia Ziegler bakal bergelar isteri kepada jurutera mekanikal dikenali sebagai Johan yang dikenali sejak setahun lalu. Julia mengakui yang dia kini berdebar menanti hari bahagia mereka yang dijadualkan berlangsung pada awal 2017.

Mereka juga sudah pun menghadiri kursus perkahwinan, baru-baru ini.

"Persiapan perkahwinan kami sebenarnya sudah pun dimulakan sejak Jun lalu dan kini ia hampir sempurna dilakukan. Apa yang tinggal kini hanyalah cendera hati untuk tetamu, yang kebanyakannya kami hasilkan sendiri.

"Pada masa sama, saya ligat membantu keluarga melakukan persiapan kahwin adik saya, Melissa, yang akan menaiki pelamin bulan depan,

"Majlis kahwin saya cukup ringkas dan sederhana. Paling penting ialah acara wajib, iaitu akad nikah, berlangsung dalam suasana yang sempurna.

"Dalam membuat persiapan majlis bersejarah kami, saya juga harus mengambil kira permintaan keluarga dan bakal mentua," katanya memetik BharianOnline.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..