Ini pesan Siti Nurhaliza kepada suami Siti Saida...

Pada: Selasa, 18 Oktober 2016
Saida Tarudin yang juga kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza selamat melangsungkan majlis pernikahan dengan lelaki pilihannya, Hafiizh Che Mat (Apit) beberapa minggu lalu.

Siti memetik portal MediaHiburan berkata, dia berharap agar abang iparnya dapat menjaga kakaknya dengan baik.
"Buat abang ipar saya Apit, jaga kakak saya baik-baik dan bimbing kakak saya menjadi isteri yang solehah dan Apit juga menjadi suami yang soleh.

"Semoga rumah tangga bahagia hingga ke akhir hayat, InsyaAllah itu doa saya. Buat kakak saya selamat pengantin baru dan bahagia dengan pilihannya. Saya happy kalau kakak happy," ujarnya.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..