Emma Maembong akui rapat dengan adik Fazley Yaakob TAPI..

Pada: Selasa, 4 Oktober 2016
Emma Maembong mengakui dirinya rapat dengan dengan adik Datuk Fazley Yaakob, iaitu Raden Ahmad Faizal (seorang ahli perniagaan dan Presiden bagi My Man United Official Fan Club.) tapi tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa, seperti yang didakwa baru-baru ini.

Emma berkata khabar angin itu dianggap mengarut kerana hubungannya dengan Faizal atau dikenali sebagai Raf sekadar rakan baik dan beliau mengenali pemuda itu sejak berusia 14 tahun lagi.

"Kami berkawan sejak kecil lagi. Ayah saya ialah pelukis di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) manakala arwah ayah Raf adalah pengurus di situ.

"Jadi ayah saya diberi bilik khas untuk melukis, manakala saya dan adik-beradik lain kerap berkunjung ke situ. Selama lapan tahun, kami banyak menghabiskan masa di PWTC.

"Jadi perhubungan kami rapat, bukan saja dengan Raf, tetapi seluruh keluarganya juga. Apabila keluar gosip seperti ini, saya jadi pelik. Kenapa baru sekarang ia diperkatakan? Bagi saya, gosip ini merepek dan tidak masuk akal," katanya yang dihubungi BH Online

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..