Anas Mentor 6 selamat berkahwin (34 gambar)

Pada: Ahad, 23 Oktober 2016

Naib juara Mentor musim keenam, Anas Ridzuan, 27, sah bergelar suami kepada Ana Syuhada, 25, yang juga bekas peserta program realiti berkenaan tepat pada pukul 10.17 pagi semalam.

Bertempat di Masjid Seksyen 7, Shah Alam, bekas protege kepada Faizal Tahir dan Ramlah Ram itu masing-masing secocok mengenakan persalinan sedondon berwarna hijau ketika melangsungkan majlis pernikahan yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.
Dalam majlis tersebut juga, Anas yang kini aktif berlakon drama dan teater turut menyerahkan wang hantaran sebanyak RM15,000 dengan mas kahwin berjumlah RM300 berserta enam dulang hantaran berbalas tujuh.

Sementara itu, majlis resepsi dua mempelai itu dijadualkan berlangsung di Dewan Melur Shah Alam pada 14 Januari hadapan, manakala majlis sebelah pengantin lelaki dijangka bakal diadakan di Ipoh, Perak. -UTUSAN | gambar Fedoravisual

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..