Zoey Rahman kehilangan kucing tersayang, sedih luahannya.. (5 gambar)

Pada: Selasa, 20 September 2016

Alahai kesihannya kat Zoey Rahman ni, apabila kucing kesayangannya telah tiada lagi buat selamanya. Perasaan sedih ini dikongsi beliau melalui laman Facebooknya baru-baru ini.


Hampir 10 tahun Aku jaga ko / ko jaga aku. “Kalau nak aku rawat, sangat lama untuk ko sembuh. Itu pun ko akan cacat, sbb masalah organ yang sangat critical, jatuh dr tingkat 7 kot! Mungkin akan mati juga. Percentage untuk hidup sangat tipis. Nasihat Doctor, kita rehatkan (matikan) dia terus. Itu lebih baik untuk ko. .

Bye-bye kakak atau nama sebenarnya gizmo . @naugthyb sorry bro, Aku X jaga dgn baik gizmo dan snowvy, thanks bg kucing kat aku dulu. Kucing Aku telah jatuh dari tingkat 7 jam 5:30am td. Setelah hampir 10tahun bersama, Baru janji dengan dia esok nak bawa dia pergi veterinary clinic, dan baru beli makanan kegemaran dia "smartheart" dari Midv td. Dia Sangat baik dan dengar kata, tak pernah jahat dan tersangat manja. Terima kasih Allah kerana meminjamkan dia kepada Aku Selama ini......aduh mata masuk habuk la pulak.

Dah cerah, Baru namPak dari tingkat 7 ada seekor kucing terbaring longlai menggelitik kesakitan.. berkejaran turun baju tidur pun balun je.. sabar ya Kakak, patah kaki kanan depan/belakang . Luka di bahagian punggung, . Gemok sgt ni, hampir 6kg.
Thanks wahai kucing bernama kakak sbb singgah dalam hidup aku. Banyak kenangan kita... Ko mati depan mata aku 10:03am td... Hurm.. Sorry aku terpaksa buat semua ni , aku tak nak ko terseksa, . Sapa yang Ada kucing pasti merasai pengalaman ni kan...

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..