Wajah terkini 'Ricky Martin Malaysia', Shawn Baharin

Pada: Isnin, 26 September 2016

Shawn Baharin merupakan selebriti terkenal era 90an, sesiapa yang masih ingat pasti tahu kelibat mengenainya dengan lagu-lagu pop disamping dia digelar Ricky Martin Malaysia.

Namun sejak menjak ni dia jarang kelihatan dan sunyi tanpa khabar berita. Rupa-rupanya Shawn berada diluar negara.

Adiknya, Anis Suraya memberitahu melalui laman sosial Facebook miliknya. Malah kelihatan wajahnya juga tidak banyak berubah, awet muda katakan.



"Pertemuan singkat kami adik-beradik. Terpisah antara benua mencari peluang seni yang ada. Rezekinya di luar negara," tulis Anis.

Antara lagu-lagu popularnya adalah Melodi Hati, Rosmaria, La Bomba, O.E.O. Disebabkan itulah dia mendapat gelaran Ricky Martin Malaysia.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..