Top 8 anak selebriti si kecil yang comel

Pada: Ahad, 25 September 2016
1. Anak Fouziah Gous & Zhafran

Pasangan ini telah bernikah pada 21 September 2013 dan kini baru ada anak sorang bernama Zeeshan. Putera hati Fouziah lahir pada 26 November 2015.


2. Anak Kembar Eina Azman & Datuk Paduka Kaiser

Menariknya, selebriti tinggi lampai seorang ini pula ada kembar! Teruja betul MH Online setiap kali berpeluang berjumpa dengan Datin Paduka Eina. Sebab Eina selalu bawa anak kembar mereka. Nama anak kembar mereka ialah Karl Kareef dan Arianna Aubrey. Adik beradik kembar ini lahir pada minggu kedua bulan Februari.

3. Anak Hanis Zalikha & Hairul Azreen

Pasangan romantik ini berkahwin sudah setahun lebih, alhamdulillah rezeki awal, lahirlah putera sulung mereka bernama Yusuf Iskandar. Cantik nama tu kan? Sekarang ni siap ada akaun Instagram lagi. Yusuf selamat dilahirkan pada awal bulan Jun 2016.

4. Anak Hanez Suraya & Romie Razin Adilha

Ha! Kalau tengok anak Hanez ini pastinya you all semua akan geram. Sebab gempal betul, sudahlah gempal lepas tu putih gebu macam Hanez. Minum susu apa ya tu? Nama anak sulung Hanez pula ialah, Putri Aleesya.

5. Anak Faezah Elai & Heykal Hanifah

Faezah berkahwin dengan Heykal pada 9 September 2011. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, anak pertama Dealova Heyrinna Heykal dan kedua pula Aurora Heyrinna Heykal. Wow kelasnya nama anak!

6. Anak Tya Adnan & Shukri Yahaya

Meskipun baru sahaja berusia tidak sampai sebulan lagi, namun puteri sulung anak selebriti ini, Aaira Ameera nampaknya sudah berjaya mencuri ramai perhatian netizen. Malah siap ada Instagram sendiri dengan pengikut seramai 41.2 ribu orang. Hebat you all!

7. Anak Lisa Surihani & Yusry

Anak Lisa pula namanya Yahaira Leanne. Baru-baru ini Yahaira baru sahaja genap usianya yang ke setahun. Alhamdulillah. Yahaira ni pula jarang-jarang dapat dilihat menerusi akaun ibu bapanya. Sekali dikongsi memang ramai yang terubat rindu mereka.

8. Anak Yana Samsudin & Fadzil Zahari

Nama anak pasangan ini pula Aisy Mateen, jangan terkejut kalau anak mereka pun ada akaun Instagram juga! Sekarang ini sudah mencecah 45 ribu pengikut. Wow boleh buat IG review lah lepas ni.

-sumber MediaHiburan

Tag : , , , , , , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..