Selepas buka tudung, ini tindakan Uqasha Senrose..

Pada: Rabu, 28 September 2016
Selepas menerima pelbagai kritikan dan kecaman akibat tindakan membuka tudung, Uqasha Senrose mahu berehat dari berlakon apa-apa filem dibawah syarikat naungan David Teo.

Namun tindakan Uqasha untuk berehat itu diterima dengan hati terbuka David walaupun menyedari ada beberapa filem yang harus dilakokan olehnya.


“Uqasha baharu sahaja menjadi artis bawah pengurusan kami pada bulan yang lalu, tapi buat masa ini dia minta untuk berehat seketika dan menenangkan fikiran selepas isu buka tudung. Kalau sudah betul-betul bersedia barulah dia akan kembali semula untuk berlakon. Kami juga tidak mahu paksa dia, kita tunggu sehingga dia bersedia dahulu untuk kembali semula berlakon”

“Uqasha sebelum ini memang dari pengurusan kami dan dia pertama kali berada dalam industri dengan filem pertamanya bersama MIG berjudul Paku. Saya tahu dia mempunyai potensi dan bakat yang besar sebagai pelakon, jadi apa salahnya memberi peluang kepadanya sekali lagi untuk berada dalam industri,” katanya kepada mStarOnline

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..