'selepas bekahwin, saya akan menutup aurat ' - Uqasha Senrose

Pada: Khamis, 1 September 2016
Setelah diasak pelbagai kritikan, kecaman dan komen negatif dari banyak pihak akibat tindakannya membuka tudung, Uqasha Senrose akhirnya tampil membuat kenyataan kepada media mengenai keputusannya membuka tudung.

Dan pastinya ini komen dia yang mengejutkan yang korang bakal baca. Tapi soal bertudung ni sepatutnya, Uqasha boleh rujuk dengan Ustazah atau pakar motivasi untuk membuat keputusan yang lebih baik, tak gitu?

“Pastinya orang akan terus memberi kecaman, cakap macam-macam dan menjatuhkan hukuman, tetapi saya redha. Tetapi jika ada yang anggap keputusan ini sebagai ruang untuk membuka banyak lagi kontroversi, saya tidak mencari semua itu. Jika boleh saya mahu menamatkan kontroversi termasuk gosip mengatakan saya tak pakai tudung di beberapa tempat”

“Siapa tahu pada masa mendatang atau selepas bekahwin, saya akan menutup aurat dengan sepenuh hati. Benar ianya bukanlah perkara yang elok yang boleh dijadikan contoh. Tetapi saya bukannya hendak jadi manusia yang tiba-tiba membuat perkara tak elok. Tetapi hanya kerana saya bergelar artis, kecaman itu cukup hebat. Ceritanya hanya saya buka tudung”

“Sebulan dua mengenakan tudung, saya akui semangat untuk berubah dan memakainya dengan cukup tebal. Namun selama saya pakai tudung, lama kelamaan saya seperti tidak ikhlas. Saya seakan takut dengan apa yang orang akan cakap dan fikir. Keputusan itu biarlah antara saya dan Tuhan,” katanya kepada Berita Harian Plus

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..