Sekitar ulang tahun pertama anak Lisa, Yusry (12 gambar)

Pada: Isnin, 19 September 2016
Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani meraikan ulang tahun kelahiran Yahaira Leanne, yang genap setahun pada jam 11.44 malam pada Jumaat lalu.
"Anak tersayang kami, Yahaira Leanne Yusry, genap setahun 11.44 malam tadi. Tarikh hari ini menjadi kegemaran saya atas banyak sebab untuk diingati dalam hati.

"Syukur Alhamdulillah ya Allah untuk rahmat dan restu istimewa yang hadir dengan kelahirannya. Saya dan suami belajar banyak versi benda baharu yang indah.

"Pada tarikh ini juga kami bagai diberi hidup semula sebagai ibu bapa. Melihat dia (Yahaira) membesar, ia fasa berbeza kami saban hari. Kami sayang kamu," tulis Lisa di Instagramnya memetik BharianOnline.


Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..