Sekitar perkahwinan Nazim Othman, Bella (20 gambar, 2 video)

Pada: Ahad, 11 September 2016

Nazim Othman sah bergelar suami kepada aktres, Bella Dally hanya dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.35 pagi Sabtu semalam.

Pasangan itu melangsungkan pernikahan mereka di Hotel Promanade, Kota Kinabalu Sabah yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan pasangan mempelai.

Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 32, dinikahkan oleh Pegawai Agama Istana Negeri Sabah, Imbran Angun.

Pelakon itu turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 namun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 25, turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan. -mStarOnline


video

video

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..