Safiey Ilias berhasrat tunai ibadah Umrah

Pada: Isnin, 19 September 2016
Sebelum ini jutawan kosmetik, Safiey Ilias telah mengemparkan dunia tanah air, apabila dia kembali kepada 'asal' daripada sifat sebenarnya. Dan dia menerima banyak kecaman dan komen negatif daripada itu.

Namun baru-baru ini Safiey menyatakan hasrat untuk menunaikan ibadah Umrah yang bakal dijalaninya sekeluarga pada hujung tahun ini.

Posting yang dimuat naik di laman Facebook miliknya itu menerima respon yang positif daripada orang ramai yang ingin membantunya untuk kembali ke pangkal jalan.

Malah beberapa pengendali umrah turut meninggalkan komen di laman sosial beliau, mencadangkan beberapa nama pengendali umrah yang dapat memenuhi permintaan serta syarat yang diberikan oleh Safiey .

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..